Sunday 29 March 2015

Cadangan JPN Sabah Tarik Balik IC H030Xxxx-H042Xxxx Dan H053Xxxx Disambut Baik


Ulasan Dari Meja Wartawan Kanan
Shaimon S Jumadi



CADANGAN pihak Jabatan Pendftaran Negara (JPN) Sabah yang bercadang sama ada menarik balik atau mengeluarkan semula Kad Pengenalan di negeri ini kepada orang-orang tertentu amat dialu-alukan.


Jika menjadi realiti cadangan itu untuk menarik balik kad pengenalan seperti yang diwar-warkan oleh Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah Ismail Ahmad, ini jelas sesiapa yang memegang kad pengenalan bernombor H030XXXX H042XXXX dan H053XXXX, mereka harus menyerahkan IC berkenaan kepada JPN kerana menurut sumbar-sumber yang boleh dipercayai nombor-nombor kad pengenalan yang dimaksudkan itu tiada dalam rekod JPN.


Sekiranya dikatakan tiada rekod dalam semakan JPN namun mereka telah layak menjadi mengundi malah menikmati kemudahan kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). 



Bukan itu sahaja, ramai yang memegang kad pengenalan sedemikian didapati mendapat lesen Kontraktor (kecuali lesen PUKONSA) kerana sesiapa saja yang ingin memohon mendapatkan lesen PUKONSA mereka semestinya mempunyai Sijil Kelahiran baru layak memohon.


Lain-lain kemudahan seperti mendapatkan pinjaman bank, Permit teksi, permit bas, lesen perniagaan; mereka ini tidak kisah memiliki IC sedemikian rupa kerana boleh diguna pakai untuk mendapatkan semua kemudahan.


Akan tetapi, kalau seseorang yang memegang IC nombor yang disebutkan itu   hendak membuat pinjaman di MARA mereka terpaksa mengeluarkan Sijil Beranak walaupun mereka mempunyai mykad tetapi dalam mykad tersebut membubuh nombor IC lama antara H030XXXX H042XXXX dan H053XXXX, mereka tidak akan dilayan kecuali mereka mempunyai sijil beranak untuk mengesahkan bahawa seseorang itu di lahirkan di Sandakan sebagai contoh.


Apapun, kita kena tunggu kesudahannya sama ada cadangan ini memang bakal menjadi kenyataan atau sebaliknya dan semoga apa yang telah dicadangkan dan yang diwar-warkan oleh Pengarah JPN Sabah Ismail Ahmad itu mendapat sokongan padu daripada rakyat Sabah khususnya yang dilahirkan di negeri ini.

Berikut petikan kenyataan di media portal Ismail Ahmah mengenai isu berkenaan seperti di bawah ini:

JPN Sabah Sedia TARIK BALIK atau KELUARKAN SEMULA IC satu Petanda Baik

Kenyataan JPN Sabah bahawa jabatan itu mempunyai sumber termasuk tenaga kerja sekiranya kerajaan tentukan untuk menarik balik atau mengeluarkan semula kad pengenalan di negeri ini. Pengarah JPN Sabah Ismail Ahmad berkata, bagaimanapun buat masa ini belum ada yang diputuskan, namun jika perlu, pihaknya bersedia untuk melaksanakannya.
Kesediaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah untuk menarik balik atau mengeluarkan semula kad pengenalan di negeri ini adalah petanda baik dalam menangani masalah kad pengenalan yang diperoleh secara meragukan.
Timbalan Presiden Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) Nailin Gabintal berharap langkah itu dapat memastikan hanya orang tempatan yang tulen sahaja diberikan kad pengenalan.
“Sebelum ini kita sering membaca berita dalam akhbar-akhbar tempatan mengenai pendatang asing tanpa izin (PATI) yang didakwa di mahkamah atas kesalahan memiliki kad pengenalan palsu dan sebagainya.
“Selain itu ramai juga yang memperkatakan bahawa ada PATI yang memperolehi kad pengenalan secara meragukan.
“Oleh itu Pekadin berpendapat, melalui penarikan balik kad pengenalan lama dan mengeluarkan kad pengenalan baru, kad pengenalan yang diperolehi secara tidak sah dapat dibentaras,” katanya adlam satu kenyataan, di sini, kelmarin.
Nailin berkata, langkah itu juga tepat pada masanya dan wajar disokong oleh rakyat Sabah ekoran pengumuman hasil laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baru- baru ini yang mengatakan dengan jelas terdapat keberangkalian projek IC wujud di Sabah.
Oleh itu katanya, penarikan balik dan pengeluaran semula kad pengenalan di negeri ini merupakan satu pilihan terbaik untuk menangani masalah itu.
“Selain itu kita juga dapat memastikan bahawa tidak ada PATI yang memperolehi kad pengenalan mendapat peluang untuk menyertai pilihanraya di negeri ini sama ada ada di peringkat negeri atau persekutuan.
“Kita tidak mahu ada penglibatan orang luar yang menentukan barisan kepimpinan negara akan datang atau penglibatan membentuk kerajaan di negara ini,” katanya.
Nailin berkata langkah ini juga dapat mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat negeri ini.
“Isu kehadiran PATI di negeri ini yang terlalu ramai sudah berlarutan sekian lama dan kini sudah tiba masanya kerajaan melakukan lonjakan pradigma untuk menyelesaikannya secara lebih berkesan,” katanya. 

Posted By: SUARASABAH, on: March 23, 2015


No comments:

Post a Comment