Tuesday 10 March 2015

ESSCOM TERUS PERKETATKAN KAWALAN KESELAMATAN DIPERAIRAN PANTAI TIMOR, PJP SABAH


Oleh: DARREL MAT SALONG


PJP Sabah dan Datuk Rubin semasa sidang media.


KEMABONG: Pesuruhjaya Polis (PjP) Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika ditemubual pihak media memberitahu bahawa selepas pembebasan Lans Koperal Zakiah Alip baru-baru ini mengharapkan kejadian itu tidak akan berulang lagi.


Apabila ditanya mengapa usaha-usaha PDRM untuk membebaskannya mengambil masa terlalu lama beliau berkata, “Pihak kita mahu buat perundingan dengan sebaik mungkin dengan mereka tetapi macam mana rundingan dapat berhasil jikalau banyak pihak campur tangan atau interference,” katanya.

PJP Sabah itu turut mengesahkan bahawa Lans Koperal Zakiah semasa dibebaskan dalam keadaan sihat dari segi fizikal dan mentalnya iaitu satu pasukan PDRM telah mengambilnya di Pulau Indanan Semalam.

Ditanya lanjut mengenai langkah langkah yang harus diambil Pasukan Keselamatan untuk mengetatkan keselamatan selepas pembebasan itu PjP Sabah itu berkata,

“Sebelum itu pun Esscom telah mengetatkan kawalan keselamatan diperairan termasuk diperbatasan sehinggalah sekarang, kita tak tunggu ada kejadian berlaku baru nak ketatkan kawalan keselamatan,” tegasnya.

Selain itu, berhubung dengan penambahan anggota bertugas di Balai Polis Kemabong beliau berkata, setakat ini keanggotaan di situ mempunyai 1 Sarjan (Ketua Polis Balai), 1 Koperal dan 5 anggota biasa dan penambahan akan hanya diusahakan jika keadaan memerlukan kelak.

“Selepas ini, kita berharap mereka tidak lagi menyembunyikan kes-kes jenayah yang berlaku di pelusuk kampung sepertimana berlaku sebelum ini, kita mahu mereka tampil buat laporan kerana Balai Polis sudah dekat dengan mereka,” tegasnya.

Dalam pada itu, Adun Kemabong Datuk Rubin Balang menegaskan bahawa beliau amat berterima kasih di atas daya usaha PDRM terutama sekali Ketua Polis Daerah DSP Mohd Firdaus Abdullah dan juga Pegawai Daerah Madiyem Layappan sehingga impian untuk mewujudkan Balai Polis itu dapat direalisasikan.

Rubin turut merasa lega dan gembira apabila impian masyarakat di sini untuk mendapatkan Balai Polis baru telah tercapai sekaligus bahawa keselamatan mereka khususnya penduduk kampong dapat dijaga dan berharap agar mereka memberi kerjasama rapat dengan PDRM disini.


“Saya dan Pejabat Daerah Kecil Kemabong sedia membantu mana mana yang perlu untuk memenuhi keperluan di Balai Polis disini, selain kita perlu merapatkan hubungan dan mendekati rakyat,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment