Thursday 26 March 2015

HARI POLIS DI KOTA BELUD



Zaidi…(kiri) menyampaikan Sijil Penghargaan kepada anggotanya



KOTABELUD : Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar mengingatkan kepada anggotanya bahawa ada tiga fokus utama dalam pasukan harus terus dijunjung.

“Pertama, memelihara ketenteraman awam, kedua adalah mengurangkan jenayah dan ketiga memantapkan intergriti dalam pasukan,” katanya.


Khalid berkata, pastinya tiga fokus tersebut menepati misi dan visi PDRM iaitu sebagai agensi yang memberi perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam melindungi negara dan menjamin persekitaran selamat kepada masyarakat.

Katanya, ianya sangat bertepatan dengan tema Sambutan Hari Polis pada tahun ini iaitu “Polis dan Masyarakat Berpisah tiada”.

Hal ini kerana, dalam hidup kita seharian, kita sebagai warga polis sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat terutamanya kepada masyarakat, tidak kira bila dan di mana sahaja anggotanya berada.

“Begitulah juga kita,  sebagai warga polis  amat memerlukan masyarakat di dalam mencapai visi dan misi jabatan, terutamanya di dalam menjaga keamanan dan ketenteraman negara.

“PDRM akan terus menekankan konsep pencegahan dan pembanterasan jenayah yang bersifat lebih holistik. Ini kerana, PDRM sedang dalam proses transformasi daripada sebuah pasukan keselamatan kepada sebuah perkhidmatan kepolisan yang berorentasikan masyarakat dan  jelas sekali, perkhidmatan polis tidak akan berjaya tanpa sokongan masyarakat.

“Maka besarlah harapan saya, agar kita seluruh warga PDRM sekalian terus melaksanakan amanah yang diberi penuh dedikasi, bertunjangkan intergriti dan berlandaskan etika perkhidmatan,” katanya.

Perutusan beliau disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Kota Belud, SUPT Mohd Zaidi Abdullah sempena Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke 208, peringkat Ibupejabat Polis Daerah Kota Belud, di sini, pada Rabu.

Ketibaan KPD, IPD Kota Belud itu diiringi oleh Ketua Cawangan Khas Daerah(KCKD),  ASP Lores Matius.

Turuthadir, Penolong Pegawai Daerah (pentadbiran) Peter Jiton.

Pada majlis itu, beberapa sijil penghargaan kepada anggota PDRM dan orang awam telah disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Kota Belud berkenaan.

Khalid berkata, selaku pencetus, penggerak dan pemegang amanah kepada keselamatan dan kesejahteraan negara, PDRM sekalian mempunyai kedudukan tersendiri, disegani dan dipadang tinggi oleh masyarakat.

“Marilahkita teruskan amalan budaya kerja cemerlang, sikap bertanggungjawaban,istiqamah dan semangat mujahadah setiap daripada kita untuk melakukan yang terbaik demi ibu pertiwi,”katanya.

Sehubungan itu, beliau juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kesemua sembilan jabatan PDRM di atas komitmen serta kerjasama yang dihulurkan.

“Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi kerajaan dan swasta dan juga kepada individu di atas sokongan dan bantuan yang diberi kepada PDRM selama ini,”katanya.

Khalid berkata, kepada semua warga PDRM, beliau mengajak agar sama-sama pertingkatkan azam dan tekad untuk menjadikan Polis Diraja Malaysia sebagai sebuah organisasi yang terus ungul dan terbilang.


Zaidi…(lima kiri) Lores(empat kiri) dan para pegawai lain bersama memotong kek sumbangan Bank Rakyat, sempena Hari Polis Ke 208, IPD Kota Belud




Zaidi…ketika memeriksa perbarisan Peringatan Hari Polis ke-208 IPD Kota Belud.

No comments:

Post a Comment