Thursday 5 March 2015

IBU BAPA CUAI TINGGALKAN ANAK DALAM KERETA


OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN :  Kejadian kelmarin, sepasang suami isteri meninggalkan anaknya di dalam sebuah kereta di Bandar Labuk betul-betul menyayat hati.


Ibu bapa mereka dikatakan semasa meninggalkan anaknya di dalam kereta berwarna putih  sedang berseronok makan minum di kedai mamak.

Tergamak betul sebagai seorang tua meninggalkan anaknya di dalam kereta yang bertutup cermin yang tidak dimasuki udara, mujurlah ada beberapa orang mendengar jeritan dan tangisan anak kecil itu kemudian memcecahkan tingkap cermin kereta itu untuk menyelamatkan nyawa budak itu.

“Saya fikir kalau sejam saja lamanya budak itu berada dalam kereta tersebut kemungkinan akan meninggal dunia akibat lemas kerana tiada udara” kata jurucakap.

Kejadian seperti begini, ibu-ibu  suka meninggalkan anak-anaknya di dalam kereta memang tidak dinafikan sering berlaku pada tahun 2013 hingga 2014.  

Kejadian sebegini rupa di Sandakan sudah 10 kali berlaku apabila ibunya pergi ke kereta melihat  anak-anak yang ditinggalkan tadi telah menghilang diri  sama ada dicolek atau sebaliknya.

Sudahlah begitu, ramai bapa dan ibu tidak pandai serik; macam suka anak-anaknya mati dalam keadaan mengerikan.


Kalau tidak suka membela anak-anak, hantar saja ke rumah anak-anak yatim daripada mereka terseksa terhadap perangai ibubapa yang yang tidak bertanggungjawab dan ‘careless’, bagus ikat tangannya hantar ke Taman Buaya di Batu 7 Jalan Labuk biar dicaplok buaya gedih.

No comments:

Post a Comment