Friday 27 March 2015

Jangan Alang-Alang Main Sailang Seri: Jamawi




YAKIN BOLEH...Jamawi (tengah) bersama guru-guru pengiring dan perserta yang mewakili MSSS Pedalaman semasa pelepasan konvoi tersebut.


KENINGAU:  “Jangan Alang-Alang Main Sailang” (Jangan kibarkan bendera putih sebelum berjuang), demikian mesej  dalam loghat  tempatan Ketua   Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom Jamawi Jaafar ketika  berucap melepaskan Kontinjen Majlis Sukan Sekolah Sekolah Bahagian  Pedalaman ke Kejohanan Balapan dan Padang MSS Sabah ke 47; daerah Ranau menjadi tuan rumah kejohanan kali ini.


Menurut Jamawi, dalam apa sahaja kejohanan sukan yang disertai, kesungguhan dan   displin yang tinggi amat penting bagi  setiap atlet  untuk memastikan pasukan yang mereka wakili mencapai kejayaan.


BERI SEMANGAT... Jamawi bersalaman dengan sebahagian dari atlet yang mewakili MSSS Pedalaman pada majlis tersebut


“Saya berharap setiap atlet yang mewakili bahagian Pedalaman dapat menunjukkan komitmen serta sikap profesionalisme yang tinggi sepanjang menyertai kejohanan ini bukan sahaja di padang perlawanan  tetapi di luar perlawanan” katanya ketika berucap melepaskan Konvoi perserta MSSS Bahagian Pedalaman ke kejohanan Balapan dan Padang MSSS Sabah ke Ranau  di dewan Sekolah Kebangsaan kampong Keningau baru-baru ini.

Jamawi yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno yakin pasukan MSS  bahagian Pedalaman telah pun melakukan persiapan terbaik dan rapi untuk menghadapi apa juga cabaran sepanjang kejohanan itu berlangsung.



AMANAT... Jamawi ketika berucap di majlis tersebut


“Dengan latihan  dilakukan sepenuh jiwa raga, saya yakin keputusan cemerlang mampu dijelmakan oleh kontinjen  MSS Pedalaman  seiring dengan sasaran pingat emas yang diletakkan sebelum ini” katanya.

Katanya, setiap atlet yang mewakili MSS Pedalaman perlu ada sikap jangan cepat mengalah semasa menyertai acara masing-masing dan fokus kepada acara yang disertai.

Dalam perkembangan yang sama, Jamawi juga mengajak pelajar yang lain agar memanamkan semangat yang sama iaitu  “ Jangan Alang Alang Main Sailang ketika mereka menghadapi pembelajaran khususnya pada saat mereka menghadapi peperiksaan.

Katanya, pelajar yang sentiasa fokus serta memiliki komitmen dan displin yang tinggi ketika berada di sekolah akan mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik.

“Semangat serta kesungguhan sebegini perlu diterapkan bukan sahaja dalam bidang ko-kurikulum seperti sukan dan lain-lain, namun kepentingan semangat juang yang tinggi perlu diamalkan dalam bidang kurikulum kerana kejayaan dalam bidang kurikulum adalah penentu masa depan pelajar” tambah Jamawi.



KONTAJEN MSSS PEDALAMAN... Jamawi bersama sebahagian dari atlet yang mewakili MSSS Pedalaman semasa pelepasan konvoi tersebut

No comments:

Post a Comment