Wednesday 18 March 2015

Jangan Leka walaupun Semporna Kubu Kuat UMNO-Dato Sri Nasir


Oleh: ARSHAD HUSSIN


WATIKAH PENYELARAS...Dato Sri Nasir (dua kiri) diringi Abd Rashid(kiri);Zakiah Kalipunya(dua kanan) dan Mohd Aziz Jamman(tiga kiri) menyampaikan watikah perlantikan penyelaras zon mesyuarat epada Hj Emran Lambaeh(kanan) sempena majlis itu di Inabah Kamal.


SEMPORNA : Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna,Dato Sri Nasir Tun Sakaran, mengingatkan Ketua-ketua Cawangan dan ahli-ahli UMNO terus mengukuhkan perpaduan serta memberikan sokongan padu kepada kepimpinan parti.


Katanya, walaupun Semporna dikenali sebagai kubu kuat parti UMNO namun, semua ahli harus sentiasa berwaspada dan tidak leka serta memandang remeh isu-isu yang boleh menggugat keutuhan parti.

Nasir berkata demikian sempena merasmikan Mesyuarat Serentak Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian P.189 Semporna di Inabah Kamal di sini.

Hadir sama sempena majlis itu ialah Setiausaha Bahagian UMNO Semporna, Haji Abdul Rashid Mamun; Ketua Pemuda Bahagian, Dato Mohd Aziz Jamman; Ketua Pergerakan Wanita Bahagian, Puan Hajah Manis Muka Haji Dara; Ketua Pergerakan Puteri, Puan Zakiah Haji Kalipunya; Ajk-Ajk Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan serta pemimpin-pemimpin peringkat kampung dan daerah.

Nasir yang juga Wakil Rakyat Kawasan Senallang juga mengingatkan semua Ketua Cawangan agar mengadakan mesyuarat berpandukan peraturan dan perlembagaan parti serta sentiasa mengutamakan permuafakatan bijak.

Katanya, apapun isu dan masalah yang timbul semasa bermesyuarat hendaklah diselesaikan secara kekeluargaan serta menyerahkan kepada penyelaras zon yang dilantik menyelaraskan mesyuarat.

UMNO Bahagian P189 Semporna memiliki 481 Cawangan dari tiga DunSulabayan,Senallang;Bugaya dan akan diselaras  oleh lebih 10 orang penyelaras yang dilantik khas memantau perjalanan mesyuarat di semua zon akan mula bermesyuarat minggu ini.


GALERI ACARA :


SOKONGAN MANTAP...Sebahagian ahli daripada 481 Cawangan UMNO sentiasa memberikan sokongan kepada kepimpinan UMNO Bahagian Semporna sempena majlis itu  di Inabah Kamal.




JANGAN LEKA...Dato Sri Nasir mengingatkan semua ahli sentiasa kukuhkan perpaduan dalam perjuangan parti.




BERSATU BERSETIA...Sebahagian AJK Bahagian dan Ketua-Ketua Cawangan sentiasa bersatu padu memberikan sokongan kepada kepimpinan dan parti UMNO sempena majlis perasmian Mesyuarat Serentak Cawangan UMNO Bahagian Semporna di Inabah Kamal.






PEJUANG VETREN...Dato sri Nasir(kiri) bersalaman dengan salah seorang pejuang vetren parti UMNO,Haji Bakara Onong (duduk)sempena perasmian Mesyuarat Serentak Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Semporna di Inabah Kamal.

No comments:

Post a Comment