Tuesday 10 March 2015

Jelajah Drzky Borneo dapat sambutan hangat di Bumi Kenyalang


Oleh : ARSHAD HUSSIN


SOKONGAN PADU...Sebahagian Top Leader drzky4all dan ahli-ahli dari Sibu,Kota Samarahan dan Zon Kuching turut memberikan sokongan padu sempena Malam BOP Drzky World Solution di Kuching, Sarawak.



KUCHING : Jelajah Borneo Drzky International di majlis Pencerahan Perniagaan (BOP) di Bumi Kenyalang mendapat sambutan hangat para usahawan tempatan dan berjaya melahirkan  Pengedar Tunggal Daerah bagi Zon Kuching, Pengedar Bergerak Drzky Kota Samarahan-Kuching dan mengumpul ramai ahli baru.


Yang DiPertua & Ketua Pegawai Eksekutif Drzky International Sdn.Bhd.,Che Ku Ahmad Amir berkata, beliau cukup berpuas hati dengan sambutan hangat para usahawan Bumi Kenyalang yang diluar jangkaan memenuhi ruang dewan sehingga kekurangan tempat duduk.

Katanya, apa yang membuatkan perniagaan baru itu sangat unik serta mendapat tempat di hati usahawan kerana ianya lahir dari wawasan dan komitmen untuk membawa syarikat tempatan bumiputera dikenali hingga ke peringkat antarabangsa.

Che Ku Ahmad, menjelaskan misi dan visi utama syarikat mereka adalah ingin membantu usahawan kecil dan pelbagai lapisan masyarakat meningkatkan taraf sosio-ekonomi keluarga serta mencapai kejayaan sendiri sekaligus mampu membebaskan diri dari belenggu kewangan.

Beliau berkata demikian selepas majlis Pencerahan Perniagaan Drzky yang berlangsung di Hotel Dormani Square di sini.

Hadir sama sempena majlis itu Penasihat Perubatan Dr.Abdul Razak Ibrahim, Pengarah Pembangunan Perniagaan Ardzed Kachong Maarof, Pengarah Perhubungan Perniagaan & IT Nor Tamidi Md Nor, Pengarah Eksekutif Byunature(M) Sdn.Bhd Mohd Farisham Aplop, Pengurus Cawangan Borneo Drzky Mohd.Azri Mohamed Ridzwan, ahli rombongan Borneo Drzky Kota Kinabalu serta core leader dari Kuching, Kota Samarahan, Kanowit, Bintangor dan Santubong.

Che Ku Ahmad berkata, matlamat Drzky bukan sahaja berperanan menjual produk kesihatan malah ingin menjadi syarikat gergasi yang mampu membantu rakyat marhaen mencapai impian hidup melalui perniagaan yang mereka terajui masa kini.

“Kejayaan penting kami bukan sahaja kejayaan syarikat tetapi juga kejayaan berkongsi produk-produk Drzky bersama usahawan-usahawan bumiputera dan penyelesaian untuk kehidupan rakyat yang lebih sihat sambil mendapat faedah kewangan untuk meningkat taraf kehidupan yang lebih baik  kepada masyarakat,” kata Che Ku Ahmad Amir.

Beliau menambah,individu yang sedang mencari peluang pekerjaan  dan menambah pendapatan atau memulakan kerjaya baru dalam bidang perniagaan, syarikat Drzky mampu membantu mereka sebab yang paling besar adalah diri individu itu sendiri; semua orang boleh bergabung dengan ribuan pengedar Drzky yang telah berjaya mendifinasikan kembali dunia kehidupan mereka melalui produk-produk berkualiti serta berkesan dan mampu menjana pendpatan.

Produk utama syarikat itu adalah Bio Rzky iaitu formulasi berteraskan sumber garam bukit dan dipertingkat dengan campuran air zam-zam yang terkenal mengandungi khasiat mineral tinggi yang sangat diperlukan oleh tubuh manusia; Fuel Booster untuk penjimatan minyak kereta dan Active Stemcell Plus.

Seorang pesara Hajah Dayang Juwita Jolkipli yang menyertai perniagaan Drzky sejak empat bulan lalu  menjelaskan, dia mampu menjana pendapatan lumayan dan mengambil keputusan menjadi Pengedar Tunggal Daerah (Stokis Daerah)bagi Zon Kuching.

Katanya, memandangkan negeri Sarawak belum mempunyai pusat bagi mendapatkan bekalan produk, beliau memberanikan diri mengambil risiko menjadi Pengedar Tunggal Daerah kerana yakin perniagaan itu mampu berkembang maju dan dapat membantu usahawan kecil berjaya menjana pendapatan sekaligus meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

Sementara Puan Melia Haji  Awang, seorang Core Leader Drzky yang menyertai perniagaan itu lima bulan lalu, memilih menjadi Pengedar Bergerak bagi Kawasan Kuching dan Kota Samarahan.

Katanya, perniagaan itu memang cukup mengujakan di samping mampu menjana pendapatan lumayan juga dapat berkenalan dengan pelbagai lapisan masyarakat yang berbilang ethnik.

Bagi Puan Salina Abdullah, seorang guru swasta berkata, perniagaan itu yang dilakukan secara sambilan dapat menambahkan pendapatan di samping produknya yang boleh digunakan oleh pelbagai peringkat usia.

Katanya selepas mengikuti perkembangan perniagaan itu beberapa bulan lalu dan menghadiri Seminar Pencerahan Perniagaan, semangatnya berkobar-kobar ingin berjaya seperti usahawan lain yang telah memperolehi kejayaan dalam bidang perniagaan Drzky World Solutian International.

Perniagaan  Drzky berteraskan networking dan produk kesihatan itu  ditubuhkan pada 21 Mei 2014 dan dilancarkan pada September 2014 di Kota Kinabalu mula berkembang di Sarawak dan Negara Brunei Darussalam melalui Online dan offline.


GALERI ACARA : 





PELUANG PERNIAGAAN... Yang DiPertua & Ketua Pegawai Eksekutif Drzky Che Ku Ahmad Amir(kanan) sambil diperhatikan Pengurus Cawangan Borneo Drzky,Mohd.Azri Mohamed Ridzwan(duduk tengah);Pengarah Pembangunan Perniagaan,Ardzed Kachong Maarof(dua kiri) dan Penasihat Perubatan,Dr.Abd Razak Ibrahim(kiri) menyampaikan pencerahan mengenai perniagaan drzky4all pada malam BOP Kuching di Dormani Square,Kuching.





KAMI TERBAIK....Yang DiPertua & Ketua Pegawai Eksekutif,Che Ku Ahmad Amir(tiga kiri);Pengarah Pembangunan Perniagaan,Ardzed Kachong Maarof(dua kiri);Penasihat Perubatan,Dr.Abd Razak Ibrahim(kanan);Top Leader Drzky Sibu,Mahmmud Kunaini(tengah);puan Shirley dan ahli-ahli drzky Kuching mengabadikan gambar kenangan sempena malam Pencerahan Perniagaan di Hotel Dormani Square,Kuching.




SOKONGAN MORAL...Penasihat Perubatan,Dr.Abd.Razak Ibrahim(depan kiri);Pengarah Perhubungan Perniagaan & IT,Nor Tamidi Md Nor(dua kanan); Pengarah Eksekutif Byunature(M) Sdn.Bhd,Mohd Farisham Aplop(kanan) bersama sebahagian ahli drzky dan prospek memberikan sokongan moral sempena malam Pencerahan Perniagaan Drzky di Kuching,Sarawak.




PERNIAGAAN TERBAIK....Yang DiPertua Drzky World Solution & Ketua Pegawai Eksekutif Drzky,Che Ku Ahmad Amir(tiga kiri);Pengarah Pembangunan Perniagaan,Ardzed Kachong Maarof(dua kiri);Pengarah Perhubungan Perniagaan & IT,Nor Tamidi Md Nor(kiri);Pengurus Cawangan Borneo Drzky ,Mohd Azri Mohamed Ridzwan (empat kanan);mengabadikan gambar kenangan bersama Top Leader Kuching,Abd.Hamid Awang(empat kiri);Top Leader Sibu,Mahmud Kunaini(tiga kanan) sempena majlis Pencerahan Perniagaan Drzky di Kuching,Sarawak.




WORLD SOLUTION.....Yang DiPertua & Ketua Pegawai Eksekutif Drzky World Solution,Che Ku Ahmad Amir(tiga kiri);Pengarah Pembangunan Perniagaan,Ardzed Kachong Maarof(dua kiri);Pengarah Perhubungan Perniagaan & IT,Nor Tamidi Md Nor(kiri);Pengurus Cawangan Borneo Drzky ,Mohd.Azri Mohamed Ridzwan (tengah);mengabadikan gambar kenangan bersama Top Leader Sibu,Mahmud Kunaini(tiga kanan); Top Leader Sabah,Puan Shirley(dua kanan) dan sebahagian ahli drzky Kota Kinabalu sempena majlis Pencerahan Perniagaan Drzky di Kuching, Sarawak.



TERUJA...Salina Abdullah teruja dengan pelan perniagaan drzky International.




PENGEDAR DAERAH...Puan Hjh Dy.Juwita Awg Jolkipli





PENGEDAR BERGERAK...Puan Melia Awang


1 comment:

  1. Assalam,tuan Editor.
    Mohon pembetulan caption gambar Pengedar Daerah,Puan Hjh Dy Juwita Awg Jolkipli sepatutnya pada gambar bawah dan atas tu Pengedar Bergerak,Puan Melia Awang dan diperbetulkan.terima kasih.

    ReplyDelete