Sunday 29 March 2015

Kerajaan BN Akan Terus Membantu Golongan Nelayan, Rosnah



SERAH….Rosnah ketika menyampaikan elauan sara hidup kepada salah seorang penerima sempena majlis tersebut

PAPAR:  Masyarakat Nelayan adalah kumpulan istimewa kerana menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan atas sumbangan mereka kepada negara.


Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Hajah Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, bantuan dan inisiatif yang disediakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah untuk memastikan nasib mereka terbela. 

Beliau berkata, apa yang dilakukan BN jelas membuktikan keprihatinan serta komitmen kerajaan menghargai sumbangan para nelayan kepada sektor perikanan dan juga bekalan makanan negara.


DIHARGAI….Rosnah menerima cendera kenangan daripada wakil Pengarah LKIM Sabah selepas merasmikan majlis tersebut

“Bantuan Sara Hidup Nelayan ini bukan sahaja dapat membantu meringankan beban keluarga, tetapi juga diharap dapat menyuntik semangat golongan nelayan untuk terus berusaha dengan gigih” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Nelayan Kawasan Papar kali ke 12 dan penyerahan Eluan Sara Hidup kepada nelayan bagi kawasan Parlimen Papar di Dewan Masyarakat Papar pagi kelmarin.

Hadir sama Wakil Pengarah LKIM Sabah, Pengerusi Persatuan Nelayan Sabah Jaafar Alam dan Pengerusi PNK Papar Abu Bakar Jamil.

Menurut Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar, dalam Bajet 2015 kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM350 juta bagi membayar elauan sara hidup nelayan iaitu mulai bulan Mei  ini, kerajaan bersetuju menaikkan kadar elaun tersebut  menjadi RM300 sebulan  berbanding sebelum ini RM200 sebulan, mengikut zon yang telah ditetapkan.


HADIR….Antara ahli jawatankuasa PNK Papar dan ahli-ahli persatuan yang hadir ke mesyuarat tersebut

“Bantuan ini akan memberikan manfaat kepada lebih dari 55,0000 orang nelayan di seluruh negara selain bantuan-bantuan lain seperti insentif pendaratan ikan, skim insuran keselamatan, subsidi minyak, bantuan bencana alam, bantuan membaiki rumah nelayan  dan sebagainya” katanya. 

Ketika mengulas isu yang dibangkitkan oleh PNK Papar seperti pelarasan  Skim Insuran Keselamatan Nelayan dan Baucer  barangan bernilai RM100 yang masih belum diterima oleh ahli nelayan khususnya di kawasan tersebut, Rosnah berkata, beliau akan memaklumkan perkara tersebut kepada Menteri yang berkenaan untuk diambil langkah susulan agarnya ianya dapat diselaraskan segara ke negeri ini.

Dalam perkembangan lain, beliau menyarankan ahli-ahli PNK memilih ahli jawatankuasa yang benar-benar mampu menyumbang kepada kemajuan persatuan.

“Jika persatuan ini dipimpin ahli jawatankuasa yang berkaliber dan bertanggungjawab dalam tugas, maka pada ahli-ahli lain akan mendapat faedah seterusnya yakin untuk melabur,” jelasnya.

Selain itu, Rosnah juga turut mencadangkan agar PNK Papar dapat mempelbagai aktiviti ekonominya untuk kepentingan ahli persatuan nelayan tanpa bergantung sepenuhnya kepada hasil tangkapan iaitu menurut beliau persatuan tersebut boleh menumbuhkan koperasinya sendiri dan menceburi bidang perniagaan yang sesuai untuk membantu ahli-ahli mempertingkatkan taraf siso ekonomi mereka seharian.


No comments:

Post a Comment