Wednesday 25 March 2015

KETENGAHKAN LAGU TEMPATAN : JAMAWI



PEMENANG... Jamawi (tengah) bersama Pengurus Keningau FM Razali  baba dan para peserta yang Berjaya dalam pertandingan tersebut



TENOM: BUKAN menoleh ke belakang tetapi pendekatan yang diambil lebih menjurus ke arah meletakkan lagu-lagu hasil karya anak tempatan  di negeri ini sebaris dengan lagu-lagu kontemporari di peringkat nasional dan antarabangsa.


Demikian ditegaskan oleh   Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Jamawi Jaafar mengenai penganjuran Juara Lagu 2015 Keningau FM yang Berjaya menarik penyertaan anak-anak muda mempamirkan bakat dalam bidang seni suara, lirik dan muzik tempatan.

Katanya, bakat serta potensi anak Sabah dalam  perkembangan industri Hiburan Tanah Air tidak boleh  dinafikan apabila ramai bakat bakat  khususnya seni suara  dari negeri ini telah mencipta nama melalui pelbagai pertandingan nyanyian atau program realiti di peringkat Nasional. 

“Dengan adanya pertandingan seperti ini, kita dapat menyemarakkan seni khusunya  lagu-lagu tempatan bersama semua pencinta dan peminat nyanyian di seluruh Negara, apalagi ianya diwarnai dengan karya tempatan sama ada dari sudut lirik,melodi atau muzik, ianya  mampu  melestarikan lagi seni hiburan tanah air” katanya ketika berucap merasmikan Juara Lagu 2015 Keningau FM di dewan masyarakat Datuk Seri Panglima Entenom kelmarin.

Hadir sama Pengurus Keningau FM Razali  Baba dan Penolong Pegawai Daerah Tenim Mohd Kassim Haji Yunus.

Pelbagai ketegori dipertandingan dalam petandingan tersebut antaranya,Ketegori dalam Bahasa Dusun, Murut dan Bahasa Malaysia. 

Menurut Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom melalui penganjuran pertandingan seperti ini, bukan sahaja bakat khususnya dalam kalangan anak-anak muda boleh ditonjolkan namun dapat merancakkan lagi industri hiburan tanah air di samping dapat memperkayakan seni hiburan  dalam pelbagai bentuk dan warna terutamanya  yang bercirikan budaya tempatan. 

“Meskipun berdepan persaingan dengan pertandingan-pertandingan nyanyian lain, pertandingan yang bercirikan budaya tempatan   masih relevan untuk diteruskan kerana pertandingan ini dapat menyemarakkan industri  hiburan tanah air disamping mencugkil bakat nyanyian dan muzik untuk diketengahkan ke peringkat nasional dan antarabangsa”  tambah Jamawi. 

Katanya, adalah sesuatu yang merugikan jika pertandingan itu dihentikan atau dianggap tidak relevan hanya semata-mata kerana tidak berani bersaing dengan pertandingan nyanyian lain yang lebih komersial.

"Usaha ini perlu diteruskan dianjurkan dalam bentuk yang lebih kontemporari daripada segi lagu-lagu yang dipertandingkan; banyak gimik, tarikan, pakaian dan promosi untuk program ini.”  Jelas Jamawi.

Menurut beliau  apabila adanya standard dan tarikan yang hebat barulah lebih ramai orang akan tertarik menyertai dan menonton pertandingan ini iaitu bukan sahaja mutu suara para peserta yang dinilai tetapi bakat mereka haruslah dicungkil secara lebih meluas lagi. 

Dalam pertandingan tersebut  kumpulan  Punch FT Nokuro 29 dipilih sebagai persembahan terbaik sementara bagi kategori undian lagu  SMS Popular dimenangi oleh Fetree Sarigi dengan lagunya Naupus Ra Nambilinan. 

Bagi kategori Lirik terbaik di menangi oleh Honest dengan lagu bebas 

Juara  bagi lagu kategori  lagu Dusun dimenangi oleh Tom Kudud dengan lagunya berjudul Mokiampun Oku,  ketegori Lagu Murut, Lagu Intoppto Aku nyanyan Key Deet Kaje di pilih sebagai Juara. Sementara bagi lagu demi Si Kici nyanyian Atmesfera dinobatkan sebagai juara bagi  kategori Bahasa Malaysia


GALERI ACARA:


SAMBUTAN MERIAH...Jamawi bersalaman dengan orang ramai yang hadir menyaskikan pertandingan tersebut



SOKONGAN...Ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda memakai Tshit Aku Anak Kampung bersama orang ramai yang hadir memeriahkan pertandingan tersebut



JUARA. KATEGORI .Jamawi bersama  Razali ketika menyampaikan hadiah Juara bagi ketegori Bahasa Malaysia  Atmesfera dengan lagunya Demi Si Kici 



AKSI...Seorang peserta ketika sedang beraksi di atas pentas semasa pertandingan tersebut




PERSEMBAHAN...Persembahan tarian turut dipersembahkan sebagai pembuka tirai pertandingan tersebut




AMANAT..Jamawi ketika berucap merasmikan pertandingan tersebut





JUARA KATEGORI LAGU DUSUN Tom Kudus dengan lagunya Mokiampun Oku menerima hadiah dari Jamawi

No comments:

Post a Comment