Monday 9 March 2015

Laporan: Nama 'PM' diguna pintas Bank Negara

Hartawan Low Taek Jho didakwa menggunakan nama “PM” untuk memintas Bank Negara dalam pinjaman AS$1 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa diberikan pada Petrosaudi lima tahun lalu, lapor Sarawak Report.


Laman pembocor maklumat itu semalam mendedahkan komunikasi e-mel yang menunjukkan Low memberitahu bos Petrosaudi bahawa pinjaman itu tidak harus diisytiharkan kepada Bank Negara kerana boleh menyebabkan “kelewatan yang tidak perlu”.

Laporan itu sebahagian daripada dakwaan pendedahan berkaitan 1MDB oleh Sarawak Report semalam.

Berdasarkan e-mel itu, lapor laman itu, Low memberitahu pengarah PetroSaudi Patrick Mahony, bahawa “PM” menandatangani pinjaman itu dan kebenaran Bank Negara tidak perlu.

Firma guaman Schillings  yang mewakili Low semalam berkata pendedahan Sarawak Report adalah "palsu, mengelirukan dan dinafikan oleh pelanggan kami".

Kenyataan itu dikeluarkan ketika Low menafikan dakwaan bahawa beliau memperoleh AS$700 juta daripada perjanjian antara 1MDB dan firma tenaga Saudi PetroSaudi International. (Malaysiakini)

No comments:

Post a Comment