Wednesday 18 March 2015

LAWATAN KERJA ROSNAH KE MANEK URAI




TURUN PADANG  Rosnah (tengah) bersama pegawai pegawai kanan Kementerian Kerja Raya ketika turun padang meninjau perlaksanaan projek Rumah Kekal Pasca Banjir di  Manek Urai Kuala Krai Kelantan


LAWATAN KERJA.....Timbalan Menteri Kerjaraya Datuk Hajah Rosnah Abdul Rashid Shirlin selepas merasmikan majlis penutupan Kursus Pentadbiran Kontrak Pembinaan di Dewan Misai Kuching FAMA Kota Baharu Kelantan kemarin, turut meluangkan masa bagi meninjau kemajuan perlaksanaan projek Rumah Kekal Pacca Banjir di Manek Urai Kuala Krai  yang kini dalam proses pembinaan. 


Beliau yang diiringi oleh pegawai pegawai kanan dari Kementerian Kerja Raya mengambil masa hampir dua jam bagi meninjau sendiri kemajuan projek tersebut dimana projek Rumah Kekal ini adalah usaha kerajaan bagi membantu mangsa mangsa banjir khususnya di kawasan Manek Urai Kuala Krai.

Ditemui selepas lawatan ini, Rosnah yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, setakat ini kerja kerja sedang giat di jalankan dan berharap ianya dapat disiapkan sepenuhnya pada tempoh yang ditetapkan bagi membolehkan mereka yang terlibat dan kehilangan rumah dapat menduduki rumah kekal tersebut.



PENJELASAN... Rosnah mendengar taklimat dari pemaju semasa lawatan tersebut



PANTAU...Rosnah bersama pegawai pegawai kanan KKR ketika memantau pembinaan projek Rumah Kekal Pasca banjir di Manek Urai


No comments:

Post a Comment