Friday 20 March 2015

MP dakwa k'jaan sedia meterai TPPA akhir tahun


Seorang ahli Parlimen DAP mendakwa kerajaan sedang bersedia untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pacific (TPPA) walaupun berdepan dengan bantahan kuat.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago memberitahu Malaysiakini semalam bahawa pusingan akhir mesyuarat akan dimuktamadkan pada April dengan Malaysia sudah pun membuat pengakuan bahaa ia akan menandatangani perjanjian itu tanpa membantah klausa lanjutan paten, yang merupakan salah satu daripada kebimbangan utama bagi ahli-ahli Parlimen pembangkang.

Pemeteraian TPPA, jika benar, akan dilakukan beberapa bulan sahaja selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mula berkuat kuasa pada 1 April dan boleh menyebabkan kenaikan lagi harga barangan dan perkhidmatan di Malaysia.

Santiago, seorang ahli ekonomi yang telah melobi menentang TPPA, berkata rundingan sudah berlangsung selama empat tahun sejak 2011 dan akhirnya akan dimuktamadkan pada akhir tahun ini.

Selepas pusingan akhir mesyuarat itu, 11 negara-negara yang terlibat akan membentangkan perjanjian itu kepada kabinet masing-masing sebelum memulakan mesyuarat untuk menyelesaikan butiran perundangan.

Kebimbangan kos ubat

Rang undang-undang TPPA, kata Santiago, mungkin dibentangkan di Parlimen Malaysia pada sesi yang akan datang pada bulan Jun atau sesi selepas itu.

Santiago adalah salah seorang ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang telah terlibat secara konsisten dengan kementerian perdagangan Antarabangsa dan industri antarabangsa mengenai kebimbangan orang ramai terhadap TPPA.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Santiago berkata Kementerian Kesihatan telah memaklumkan kepadanya bahawa ia tidak menjalankan "kajian penilaian kesan kesihatan" terhadap mereka yang memerlukan, sekiranya TPPA ditandatangani oleh Malaysia.

Harga perubatan adalah satu bidang utama yang membimbangkan di bawah TPPA. Ia memperkenalkan pelbagai hak harta intelektual dan hak paten yang luas yang berpotensi menaikkan harga ubat-ubatan dan barangan lain yang berada di bawahnya.

TPPA telah dikritik bukan sahaja oleh penggubal undang-undang di Malaysia tetapi juga mereka di negara-negara lain yang terbabit kerana tahap kerahsiaan di sekitar rundingan mengenainya dan kekurangan ketelusan dalam keputusan yang dibuat.

Santiago berkata sebarang tawaran yang berasingan yang Malaysia mungkin bersetuju, hanya akan mempunyai kesan yang minimum untuk menampan kesan pelaksanaan TPPA secara keseluruhannya.

Sebelas negara yang mengambil bahagian dalam TPPA adalah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.  (Malaysiakini)

No comments:

Post a Comment