Tuesday 24 March 2015

MPS ABAIKAN ADUAN PENDUDUK BLOK 24 TAMAN MESRA AIR MELIMPAH RUAH


Oleh: Shaimon S Jumadi



SANDAKAN : Kurangnya perhatian  Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dalam menangani permasalahan rakyat telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan penduduk setempat.


Ini jelas, air yang melimpah ruah air dari tangki yang diletakkan di blok 24 Taman Mesra sudah hampir dua bulan sehingga kini belum lagi diambil tindakan oleh pihak MPS.

Dalam  tinjauan Wartawan  ke lokasi tersebut  telah melihat sendiri limpahan air mencurah-curah jatuh daripada tangki yang diletakkan  di atas bangunan tersebut; ini merupakan satu pembaziran  dan telah dianggarkan air yang tumpah dalam sehari mahu juga 5,000 liter.

Kata seorang penduduk blok 24 yang tidak mahu disebut namanya memberitahu,  perkara ini sudahpun berkali-kali dilaporkan  kepada MPS tetapi sehingga kini belum ada  sebarang tindakan dan reaksi diambil untuk memperbaiki bebola tangki yang telah rosak dan menjadi penyebab utama air melempah ruah.


“Sudahlah harga air telah dinaikan 1000 liter RM 2.20  ini kah pula berlakunya pembaziran yang bukan alang-kepalangan” ujar penduduk.

No comments:

Post a Comment