Monday, 9 March 2015

PARLIMEN SIPITANG BANTU IBU TUNGGAL



SEHATI...Surinam (tengah)  bersama ahli jawatankuasa Juwita Parlimen  Sipitang pada majlis tersebut


BEAUFORT : Golongan ibu tunggal di kawasan Parlimen Sipitang  boleh 'berpayung' di bawah Jalinan Untuk Wanita Ibu Tunggal Malaysia (Juwita) dalam usaha memberi lebih perhatian kepada golongan itu selari dengan langkah transformasi negara.


Ketua Pergerakan Wanita Umno bahagian Sipitang Datuk Surinam Haji Sadikon berkata, menerusi Juwita,  kebajikan serta masalah  golongan tersebut  akan mudah disalurkan ke peringkat pemimpin dan kerajaan untuk diambil perhatian serta tindakan susulanatasan.

"Juwita di kawasan Parlimen Sipitang  ini akan menjadi jambatan  untuk membawa isu-isu ibu tunggal kepada pihak berkuasa agar masalah dan perjuangan mereka didengari," katanya ketika berucap dalam majlis Ramah Mesra (Juwita) Parlimen Sipitang di dewan Pemindahan Banjir di kampung Luagan dekat sini baru-baru ini.

Surinam yang juga Pengerusi Juwita  Parlimen Beaufort berkata,  kerajaan sentiasa mengambil berat kebajikan golongan ibu tunggal dan mengambil tahu keadaan kehidupan mereka.

Jelas beliau, antara masalah yang dikenal pasti sering membelenggu ibu tunggal ialah kesukaran mendapatkan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR), bantuan E-kasih serta lain-lain bantuan bagi membantu kehidupan mereka sebagai ibu tunggal

"Kita akan kenal pesti golongan ini serta masalah mereka dan dalam masa yang sama kita berharap mereka (ibu tunggal) mendaftar di sekteriat yang kami sediakan bagi memudahkan kami membantu mereka” katanya.

Dalam pada itu, Surinam yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita Parlimen Sipitang berkata,  Juwita juga berperanan membantu menangani masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal di Mahkamah Syariah yang memerlukan perkhidmatan bantuan guaman kerana masalah ini sering dihadapi oleh golongan ibu tunggal.

“Inilah sebahagian dari peranan serta tanggungjawab Juwita ditubuhkan, selain itu,  yang berperanan sebagai perantara anatara persatuan ibu tunggal dan gensi-agensi kerajaan yang berkaitan bagi membantu permasalahan yang dihadapi” tambah Surinam.


GALERI ACARA :



DIHARGAI...Surinam menerima cendera kenangan dari Penganjur selepas merasmikan program tersebut




MESRA..Surinam bersalaman dengan ajk penganjur sejurus tiba merasmikan majlis tersebut



BERSAMA..Surinam dan ajk Juwita bersama sebahagian ibu tunggal yang hadir ke majlis tersebut


1 comment:

  1. Adakah anda fikir untuk mendapatkan pinjaman? Anda serius yang memerlukan pinjaman segera untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Adakah anda dalam hutang? Ini adalah peluang anda untuk mencapai keinginan anda, kami memberi pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan pinjaman korporat dan semua jenis pinjaman dengan faedah 2% untuk maklumat lanjut hubungi kami melalui e-mel (augustinejunio@gmail.com)

    ReplyDelete