Friday 13 March 2015

PELADANG ZON DANDULID DIAJAK TINGKATAN EKONOMI, ZAKARIA


Oleh: Shaimon S Jumadi



GAMBAR….Kelihatan Zakaria (tengah)  bersama pegawai PPK Sandakan, pihak penganjur dan AJK Unit Peladang dari kawasan Kg Banting, Kg Sungai Beruang dan Kg Dandulit



GUM-GUM : Para ahli tiga Unit Peladang Zon Dandulit di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum Gum diajak agar sentiasa meningkatkan taraf ekonomi dan sosial, menambah pengetahuan serta kemahiran selain meningkatkan hasil dan pendapatan masing-masing.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan oleh Pertubuhan Peladang dan sudah tentu ini mampu menjana pemikiran positif ke arah ingin berdaya saing atau menjadi peladang berjaya kelak, kata ADUN Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris ketika merasmikan  Mesyuarat Agung Unit Peladang Kg Banting, Kg Sg Beruang dan Kg Dandulit di Balairaya Kampung Dandulit kelmarin.

“Ini sekaligus berperanan untuk meningkatkan bidang perniagaan dan pertumbuhan pelaburan dalam bidang pertanian dan juga meningkatkan taraf sosioekonomi serta kualiti penghidupan peladang dan mengimbangi pembangunan asas tani di kawasan luar bandar,” kata  Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Dengan adanya Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) ini, Kerajaan dapat menyalurkan peruntukkan yang sewajarnya untuk membantu masyarakat luar bandar di sektor pertanian, tambah beliau.


Zakaria juga memberitahu bahawa tiga usul mesyuarat termasuk menaik taraf jalanraya di Kampung Dandulit dan menaik taraf kemudahan asas seperti air bersih, akan beliau kemukakan kepada perhatian Kerajaan Negeri untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Zakaria turut menyerahkan sebuah alatan tangan mesin pemotong rumput kepada setiap kampung berkenaan untuk menjalankan aktiviti gotong-royong.

Hampir 100 orang yang terdiri daripada pegawai dari UPPM DUN Gum Gum dan ahli-ahli peladang dari tiga buah kampung yang terlibat, telah menghadiri mesyuarat agung tersebut.

Antaranya ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum Kamal M Said, Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN DUN Gum Gum Rosly Aziz , Pengerusi PPK kawasan Sandakan Haji Hamdan Haji Hamid dan pengerusi JKKK Kg Dandulit Ali Munar Oto.

No comments:

Post a Comment