Thursday 5 March 2015

PENYANYI BAND MELODY GROUP AWANG JUARA BINTANG RADIO SDKFM 2014


OLEH: AZMI AZMAN 



SANDAKAN : Penyanyi utama sensasi  Band Melody Group Awang Marsan yang mendendangkan  dua buah lagu berjudul Ghazal Asmara dan Aku Penghibur telah  membawa tuah kepadanya (Awang)  kerana   telah dinobatkan sebagai Juara Bintang Radio SDKFB 2014 setelah menewaskan lima peserta lainnya dalam pertandingan nyanyian Bintang Radio SDKFM anjuran RTM.


Sebelum ini, Awang beberapa kali telah muncul sebagai juara menerusi pertandingan-pertandingan nyanyian karaoke dan sebagainya.




Menurut Band Leader The Melody Group Shaimon S Jumadi, awal-awal lagi telah menjangkakan Awang Masran mesti muncul sebagai juara Bintang Radio SDKFM kerana gaya persembahan serta kelincahannya semasa beraksi di pentas .

“Saya selaku Band Leader Band Of The Melody Group mengucapkan tahniah dan syabas kepada Awang, ia bukan sekadar mengharumkan nama peribadinya sebagai seorang penyanyi bahkan juga turut mengharumkan nama Band Melody Group di persada muzik tanah air” jelasnya.





Dalam pada itu, Awang mengucapkan terima kasih kepada teman-teman dan serta anggota keluarga  kerana memberikan sokongan dan semangat sehingga beliau dinobatkan sebagai Juara Bintang Radio SDKFM 2014.

1 comment:

  1. BAND MELODY GROUP DI BAWAH PIMPINAN SHAIMONS JUMADI SEMAKIN HARI SEMAKIN MANTAP BANYAK MENDAPAT TEMPAHAN MAJLIS2 KAWIN DAN ACARA LAINNYA.

    ReplyDelete