Tuesday 31 March 2015

Peranan ibubapa pencetus semangat kejayaan pelajar, Nasir Sakaran



SOKONGAN IBUBAPA...Sebahagian golongan ibubapa yang turut memeriahkan perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Tagasan di Semporna. 


SEMPORNA : Dalam usaha memperkasakan lagi pendidikan anak-anak, komitmen jitu golongan ibubapa sangat diharapkan bagi membantu memantau aktiviti pembelajaran pelajar semasa di rumah.


Tanpa kerjasama itu, mustahil harapan serta cita-cita melahirkan pelajar lebih cemerlang akan tercapai malah ianya akan membantutkan lagi kemajuan pelajaran anak-anak.

SOKONGAN PADU...Sebahagian golongan wanita dan ibu pelajar sentiasa memberikan sokongan padu sempena majlis  Perasmian Mesyuarat PIBG SMK Tagasan,Semporna.

Wakil Rakyat Senallang Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran berkata, ini kerana masa anak-anak lebih banyak di rumah berbanding di sekolah.

Justeru katanya, golongan ibubapa seharusnya sentiasa mengambil tahu tentang hal ehwal pelajaran anak-anak mereka sebagai pemangkin  serta pencetus semangat belajar kepada golongan pelajar.

Sehubungan itu, Dato Sri Nasir turut menyarankan Persatuan Ibubapa & Guru(PIBG) mengembeling tenaga mewujudkan kerjasama yang lebih erat dengan golongan ibubapa meningkatkan pencapaian prestasi pelajaran murid-murid.


JASAMU DIHARGAI...Dato Sri Nasir(tengah) diringi Tengku Mohd Nazri (kiri) menyampaikan Sijil Penghargaan kepada salah seorang AJK PIBG SMK Tagasan sempena majlis itu di Semporna.


Katanya, kerjasama kedua pihak merancang pelbagai aktiviti pembelajaran murid bukan sahaja mampu mewujudkan hubungan baik antara kaum guru dengan ibubapa malah ianya menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan sesebuah sekolah dalam bidang pendidikan sekaligus mampu menganjak prestasi kejayaan pelajar.


BERTUAH...Dato Sri Nasir (dua kiri) diringi Tengku Mohd Nazri(dua kanan) menyampaikan hadiah cabutan tikit bertuah kepada salah seorang ibubapa sambil dibantu Hj.Buldahim(kiri) sempena majlis itu di SMK Tagasan,Semporna.


Nasir berkata demikian sempena merasmikan mesyuarat Agung PIBG SMK Tagasan bagi sessi 2013/2015 di sini.

Hadir sama sempena majlis itu Pengetua SMK Tagasan, Tengku Mohd.Nazri Tengku Anang; Yang DiPertua PIBG, Haji Buldahim Haji Jaukani; Kakitangan Pejabat Adun Senallang; Kakitangan UPPM Senallang; guru-guru dan golongan ibubapa.


KENANGAN BERSAMA...Dato Sri Nasir(berdiri tengah);Tengku Mohd.Nazri(empat kanan);Hj Buldahim Jaukani(empat kiri);mengabadikan gambar kenangan bersama AJK Induk PIBG SMK Tagasan Sessi 2013/2015 sempena majlis itu di Semporna.

Sehubungan itu, Dato Sri Nasir turut mengucapkan tahniah kepada kaum guru dan pelajar SMK Tagasan kerana mendapat keputusan membanggakan dalam peperiksaan PT3;SPM dan STPM serta kejayaan pencapaian terbaik Kokurikulum 2014.

Nasir yang juga Pengerusi Perbadanan Ekonomi Sabah (SEDCO) berkata, kejayaan cemerlang itu hendaklah dijadikan teras dan pembakar semangat sekaligus sebagai penanda aras  kepada kejayaan yang lebih gemilang.


SIJIL PENGHARGAAN...Dato Sri Nasir (tengah) diringi Tengku Mohd.Nazri(kiri) menyampaikan Sijil Penghargaan AJK PIBG SMK Tagasan kepada AJK Abdul Majid Hj.Malingkat(kanan) sempena majlis itu di Semporna.

Antara kejayaan Kokurikulum sekolah itu ialah dari Kelab Robotik, menjadi Johan Peringkat Negeri ;Menerima anugerah Excellence Award Consistency dan mendapat ke-10 pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan,selain kejayaan  johan peringkat negeri dan wakil ke peringkat kebangsaan  bagi Kelab Bolasepak;Kelab Bola Baling;Kadet Remaja Sekolah dan Persatuan Bahasa Inggeris sekolah itu sepanjang tahun 2014.

No comments:

Post a Comment