Tuesday 10 March 2015

Petisyen kes Anwar pada Obama dikeluarkan


Petisyen atas talian bekas duta Amerika Syarikat (AS) John Malott terhadap Rumah Putih berhubung isu kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim dikeluarkan ketika ia hampir mencapai sasaran.

Langkah mengejutkan itu diambil atas alasan terdapat pelanggaran syarat melibatkan peserta.

Dalam tempoh 24 jam terakhir, petisyen itu menunjukkan peningkatan ketara daripada jumlah penyokongnya.

Menurut laman itu, pengguna yang terlibat dalam petisyen itu akan dimaklumkan dan berpeluang memohon pertimbangan semula terhadap keputusan itu.

Ketika dihubungi Malott (kanan) berkata masih tidak menerima sebarang pemberitahuan daripada Rumah Putih berhubung perkara itu.

Beliau berkata telah membaca syarat penyertaan tetapi tidak menemui alasan atas apa yang berlaku.

“Saya tidak faham apa yang sebenarnya sedang berlaku,” katanya.

Hampir capai sasaran

Awal pagi tadi, lebih 90,000 orang sudah menandatangani terhadap Barrack Obama supaya presiden Amerika Syarikat (AS) itu memainkan peranan membebaskan Anwar.

Petisyen itu pagi tadi hanya memerlukan tidak sampai 10,000 lagi sokongan untuk mencapai sasaran 100,000 tandatangan  dalam tempoh dua hari lagi.

Angka itu harus dicapai supaya gesaan orang ramai yang tidak puas hati dengan kes itu layak disemak Rumah Putih sebelum dimajukan kepada pakar berkaitan dasar berkaitan.

Petisyen itu asalnya dirancang diserahkan kepada Obama (kiri) pada 12 Mac depan.

Petisyen itu antaranya menyebut, Anwar seorang juara demokrasi, percaya kepada keadilan Islam dan sahabat lama AS yang dipenjarakan atas “tuduhan yang direka-reka”. (Malaysiakini)

No comments:

Post a Comment