Saturday 21 March 2015

POLIS CAWANGAN KHAS DIMINTA SIASAT DAKWAAN ORANG MENGAKU DIRINYA SULTAN NORTH BORNEO


Oleh: Shaimon S Jumadi



LAHAD DATU : Sekali lagi, penduduk di Sabah khususnya di daerah Lahad Datu telah digembar gemburkan berita yang agak sensasi atau berita mengelirukan iaitu seorang penduduk nama tidak ketahui telah mengaku dirinya sebagai Sultan Borneo atau Ketua Kerajaan Borneo.


Dengan merasa bangganya orang ini telah mempamerkan gambar posternya dilekatkan di kereta pacuan empat roda yang menyatakan dirinya sebagai Sultan Borneo.



Orang di sekitar Bandar Lahad Datu apabila terlihat gambar tersebut mereka merasa hairan dan timbul perosalan tentang kebenaran kewujudan Sultan  Borneo atau Ketua Kerajaan Borneo di Sabah pada masa ini.


Memandakan berita yang mengejutkan masyarakat di negeri ini tentang kewujudan Sultan Borneo yang boleh mengelirukan penduduk setempat dan mencemaskan, adalah diminta pihak Polis Cawangan di Lahad Datu dan Negeri menyiasat kes ini jika benar dakwaan itu mereka yang mengaku dirinya Sultan Borneo, maka perlu diambil tindakan undang-undang yang berat.

No comments:

Post a Comment