Thursday 19 March 2015

RISDA BANTU PERTINGKATKAN HASIL GETAH BUNG



SERAH...Jafry yang mewakili Bung ketika menyerahkan mok cek kepada wakil pekebun kecil getah RISDA Kawasan Kinabatangan sempana majlis tersebut


SUKAU KINABATANGAN :  Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mempergiatkan kursus Amalan Pertanian Baik (GAP) yang merangkumi  cara menanam dan  membaja untuk memastikan para petani dan peserta yang mengikuti program kelolaan badan itu mencapai pengeluaran hasil pertanian maksimum.


Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, berkata usaha itu adalah untuk menggerakkan para pekebun kecil mengubah minda dan sikap melihat tanah kebun sebagai aset menjana pendapatan yang mampu memberikan keuntungan lumayan.

Beliau berkata berikutan pasaran produk pertanian itu semakin baik ketika ini, setiap pekebun kecil harus mengambil peluang dan kesempatan untuk menjana pendapatan keluarga.

“Menerusi  Kursus Amalan Pertanian Baik (GAP) anjuran RISDA, kita berharap pekebun kecil merebut peluang yang disampaikan serta  memberi komitmen untuk  melaksanakannya bagi mendapatkan pengalaman  cara membaja mengikut kaedah yang betul bagi memastikan pembesaran pokok tidak terbantut dan mampu menghasilkan susu berkualiti” katanya. 

Beliau berkata demikin ketika berucap merasmikan kursus Amalan Pertanian Baik (GAP) peringkat Parlimen Kinabatangan di kampung Sukau dekat sini baru-baru ini.

Teks Ucapan beliau disampaikan oleh   Timbalan Ketua Umno Bahagian Kinabatangan yang juga Ahli Lembaga Pengarah RISDA  Semaian dan Landskap Sd Bhd, Jafry Ariffin.

Menurut Bung yang juga Pengerusi Felcra Berhad kehadiran pihak RISDA di negeri ini  khsusunya di kawasan Kinabatangan, turut membuka peluang  bagi perintis masa depan yang baik bagi golongan para pekebun getah.

Jelasnya,  program program RISDA yang telah dan bakal dilaksanakan bertujuan untuk membantu mensejahterakan kehidupan  rakyat khususnya para pekebun kecil untuk keluar dari garis kemiskinan.

Bung menambah  RISDA memberi fokus kepada GAP secara menyeluruh di seluruh Negara  melalui gerakan membaha, kursus dan konvensyen GAP.

Katanya usaha usaha ini telah mula memberikan impak positif dalam meningkatkan pendapatan pekebun kecil.

Dimajlis tersebut Bung juga turut menyampaikan   peruntukan  dari RISDA sebanyak RM620,223.80 bagi untuk program Tanaman Getah ke Getah tahun 2015 Bagi kawasan Kinabatangan.


GALERI ACARA :


PENJELASAN…Jafry mendengar penjelasan cara menanam dan membaja ketika melawat ladang getah selepas program tersebut




TERBAIK...Jafry (tengah) yang mewakili Bung bersama Pegawai-pegawai RISDA dan peserta menunjukkan isyarat bagus selepas menutup kursus tersebut




DIHARGAI…Jafry  yang mewakili Bung menerima cendera kenangan dari penganjur selepas merasmikan program tersebut


No comments:

Post a Comment