Wednesday 4 March 2015

ROSNAH : SEGERAKAN PEMBINAAN SEKOLAH BARU SK TAMPASAK KINARUT



TANDATANGAN…Kelihatan Rosnah bersama Abdul Rahim menandatangani bola sebagai simbol pelancaran kejohanan tersebut



PAPAR : Ahli Parlimen Papar Datuk Hajah Rosnah Abdul Rashid  Shirlin meminta Jabatan Pelajaran Sabah agar mengambil tindakan proaktif bagi menyelesaikan segera pembinaan bangunan  baru Sk Tampasak Kinarut  bagi mengantikan  beberapa buah blok bangunan sekolah  berkenaan yang musnah dalam kejadian kebakaran  Awal bulan Mei tahun lepas.


Katanya, walaupun diberikan alasan  masalah teknikal dan juga prosedur  telah melambatkan proses pembinaan tersebut, namun jika semua pihak yang terlibat komited serta efisyen mengambil tindakan  proaktif pembinaan sekolah baru  telahpun dimulakan.

“Saya sedih dan kecewa kejadian sudah memakan masa hampir setahun namun sehingga kini belum ada petanda bangunan baru bagi menggantikan bangunan yang terbakar mula dilaksanakan, menyebabkan pelajar menghadapi kesukaran  dan terpaksa belajar di bawah khemah sementara yang turut menjejaskan perhatian mereka belajar kerana keadaan tempat belajar yang tidak selesa” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri majlis perasmian kejohanan Bola Sepak 9 sebelah dan pelancaran Prodak terbaru TM Go anjuran Pergerakan Pemuda Umno bahagian Papar di padang Pekan Papar kemarin.


LANCAR  Rahim bersama Rosnah Ghulam Sarimin dan Amirzan memotong belon sebagai simbol pelancaran prodak baru TM Go sempana majlis tersebut


Majlis tersebut disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Umno bahagian Papar Datuk Abdul Rahim Ismail dan turut dihadiri oleh Pembantu Menteri Insfrastruktur Datuk Haji Ghulan Haidar Khan Bahadar, Pegawai Daerah Papar Siriman Basir dan  Ketua Pergerakan Pemuda Papar Armizan Mohd Ali.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata demikian  sebagai mengulas  kerisauan ibubapa pelajar di sekolah berkenaan  sebagaimana yang dilaporkan di beberapa  buah media tempatan baru-baru ini  yang melahirkan kerisauan serta rasa tidak puas hati mereka kerana anak-anak mereka terpaksa belajar dalam persekitaran yang kurang sempurna menyebabkan fokas mereka kepada pembelajaran seharian terganggu.


MESRA..Rahim Rosnah, Ghulam Sarimin dan Amirzan bersalaman dengan pasukan pasukan yang menyertai kejohanan tersebut 


Menurut Rosnah, difahamkan peruntukan telahpun disediakan dan  dalam kenyataan Ketua Setiausaha  Kementerian Pelajaran,  Pengarah Pelajaran tidak perlu menunggu kelulusan dari Putrajaya untuk melaksanakan projek ini memandangkan ianya melibatkan kes bencana yang seharusnya diberikan  keutamaan  tanpa mengambil  proses yang lama untuk dilaksanakan. 

Menurut Rosnah lagi, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin  dalam kenyataan medianya baru-baru ini  turut menyebut peruntukan antara RM5 juta ke 10 juta sejak 7 ke 8 bulan lepas telah disediakan  bagi membaik pulih sekolah Penimbawan di Tuaran dan beliau  berharap peruntukan yang serupa juga dapat diperuntukkan bagi membaik pulih atau membina sekolah baru di Sk Tampasak Kinarut  yang  musnah terbakar sebelum ini kerana ketika ini pelajar terpaksa belajar di bawah khemah sementara. 

“Saya harap pihak yang terlibat perlu melakukan tindakan  proaktif bagi menangani isu ini bukan sahaja untuk kemudahan dan keselesaan pelajar di sekolah ini tapi mengelak perkara ini dijadikan isu politik yang boleh menjejaskan imej  kerajaan Barisan Nasional,” katanya.


No comments:

Post a Comment