Wednesday 25 March 2015

SABAH DUDUKI TEMPAT KETIGA DI KARNIVAL SUKAN PEMUDA 2015




BERI SOKONGAN MORAL....Rosnah (tengah) menunjukan isyarat Terbaik bersama pasukan Badminton Pergerakan Pemuda Umno Sabah setelah muncul sebagai juara semasa karnival tersebut.


TEMPAT KETIGA.... Pasukan Pergerakan Pemuda Umno Sabah menduduki tempat ketiga dalam Karnival Sukan Pemuda Umno Malaysia 2015 yang berlangsung di Dataran Ayer Keroh Melaka yang berakhir kelmarin.


Dalam karnival tersebut, pasukan Pergerakan Pemuda Umno Sabah muncul Johan dalam pertandingan Badminton dan mengenepikan pasukan Pergerakan Pemuda Umno Pahang.

Di perlawanan akhir  dalam pertandingan Fustal Sabah muncul di tempat kedua setelah diketepikan oleh pasukan  Perak dalam perlawanan akhir melalui tandangan penalti setelah kedudukan seri sehingga masa perlawanan tamat. 

Pasukan Pergerakan Pemuda Umno Sabah juga muncul sebagai Naib Johan dalam Pertandingan Bowling.

Sebanyak enam acara dipertandingkan dalam karnival tersebut iaitu Sepak Takraw, Bola Sepak 9 Sebelah, Badminton, Futsal, Paintball dan Bowling.

Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Timbalan Menteri Kerjaraya, Datuk Hajah  Rosnah Abdul Rashid Shirlin turut meluangkan masanya hadir bagi memberikan sokongan moral kepada Pasukan Pergerakan Pemuda Umno Sabah serta turut menyaksikan perlawanan akhir yang melibatkan pasukan Sabah dalam acara pertandingan Badminton dan Fustal.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Pasukan Sabah kerana berjaya menduduki tempat ketiga dalam Karnival tersebut, Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, pencapaian tersebut merupakan pencapaian yang terbaik yang boleh diperbaiki bagi mempastikan pasukan Pergerakan Pemuda Umno Sabah akan berjaya dalam Karnival Sukan tahun depan yang bakal diadakan di negeri Perak. 


GALERI ACARA:


NAIB JOHAN....Pasukan Fustal Pergerakan Pemuda Umno Sabah menduduki tempat kedua dalam Karnival tersebut setelah diketapikan oleh Pasukan Perak melalui sepekan penalti.




JUARA...Pasukan Badminton Pergerakan Pemuda Umno Sabah meraikan kejayaan mereka setelah muncul sebagai johan pada karnival tersebut yang mengalahkan pasukan Pahang di perlawanan akhir.




PASUKAN SEPAK TAKRAW.... Pasukan Sepak Takraw Pergerakan Pemuda Umno Sabah kurang menyerlah pada karnival kali ini.





AKSI..Antara aksi di perlawanan akhir Badminton antara pasukan Sabah dan Pahang Bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron merasmikan Karnival Sukan Pemuda UMNO 2015 di Dataran Ayer Keroh semalam. Lebih 1,300 atlet di kalangan ahli Pemuda UMNO dari seluruh negara mewakili setiap negeri berkampung di Melaka dan sebanyak enam acara sukan dipertandingkan iaitu sepak takraw, bola sepak 9 sebelah, badminton, futsal, paintball dan bowling.

No comments:

Post a Comment