Thursday 5 March 2015

TERBAIK STPM PERINGKAT KEBANGSAAN KATEGORI LUAR BANDAR


TAHNIAH Amirah Abdin Pelajar SMK Arshad Kota Belud yang terpilih menerima anugerah pelajar terbaik kebangsaan bagi kategori luar Bandar dari Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin di dewan Besar MPM Bandar Baru Selayang Batu Caves



KOTA BELUD: Kejayaan Amirah Abdin 20, Pelajar SMK Arshad Kota Belud sebagai salah seorang pelajar dari Sabah yang mencapai keputusan terbaik  dalam peperiksaan STPM Peringkat Kebangsaan 2014  bagi ketegori sekolah luar Bandar yang memperolehi keputusan 4.0 CGPA membuktikan pelajar luar Bandar  khususnya dari negeri ini mampu bersaing dengan pelajar di kawasan bandar. 


Amirah anak bungsu dari 6 orang adik beradik anak kepada pasangan Abdin Satoh seorang pendidik di Sk Menunggui Kota Belud dan  ibunya Junidah Gahni  seorang surirumah yang bercita-cita menjadi seorang pensyarah membuktikan  jika ada kesungguhan serta tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran seharian, baik di sekolah mahupun di rumah tidak mustahil bagi pelajar di kawasan luar bandar  mampu mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik.


BERSYUKUR… Amirah Abdin tersenyum meraih kejayaannya sebagai pelajar terbaik STPM 2014 Kebangsaan bagi kategori sekolah luar Bandar


Berkongsi resapi kejayaan Amirah berkata, dia menggunakan kemudahan alam maya (Enternit) untuk memperolehi  bahan-bahan rujukan pembelajaran bagi menambah lagi pengetahuannya selain daripada yang ditunjuk ajar oleh guru-guru di sekolah.

“Semasa belajar di dalam kelas, kita perlu sentiasa memberi tumpuan sepenuhnya, rajin bertanya jika tidak memahaminya selain sering membuat latihan menjawap kertas-kertas peperiksaan yang lalu semasa berada  di rumah” katanya  ketika ditemui selepas mengambil salinan keputusan peperiksaan STPM di Dewan SMK Arshad Kota Belud pagi kelmarin. 


GEMBIRA…Ajmal (tengah) bersama para pelajar yang menerima keputusan peperiksaan STPM 2014 di SMK Arshad Kota Belud


Beliau yang baru sahaja balik dari Kuala Lumpur (pada malam Selasa) bagi menerima anugerah pelajar terbaik STPM 2014 bagi kategori luar Bandar yang disampaikan oleh Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin di dewan Besar MPM Bandar Baru Selayang Batu Caves memberitahu semasa  di rumah, beliau memperuntukkan masa tidak kurang dari 4 jam untuk mengulangkaji pelajaran dan memperuntukan masa yang lebih bagi mata pelajaran yang sukar difahami  terutamana pada hari tidak bersekolah dan sering mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan.


AJMAL JUMAH..Kejayaan Amirah sebagai pembakar semangat pelajar lain di sekolah ini


“Saya bersyukur atas kejayaan ini dan tidak lupa mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada ibubapa saya yang sentiasa memberikan dorongan serta nasihat selain sokongan dan tunjuk ajar dari guru-guru di sekolah” tambah Amirah.

Sementara itu, Pengetua SMK Arshad Ajmal Haji Jumah ketika ditemui berkata sekolah tersebut berbangga dengan pencapaian Amirah yang dianggap sebagai ikon bagi membakar semangat pelajar-pelajar  yang lain yang bakal menduduki peperiksaan penting pada tahun ini. 

Menurutnya, daripada 46 orang calon yang menduduki peperiksaan STPM tahun lepas , 42 calon lulus penuh dan 4 calon lulus sebahagian iaitu tahun ini nilai Gred Purata Sekolah (GPS) meningkat kepada 2.49 berbanding 2.43 pada tahun 2013. 

"Kejayaan yang diraih pelajar adalah gabungan strategi sekolah, kualiti guru, komitmen Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan kemampuan pelajar itu sendiri yang fokus mencapai kecemerlangan,” katanya. 

Sambil mengucapkan tahniah atas kejayaan Amirah dan pelajar-pelajar yang lain, Ajmal berharap memountum ini akan dapat dipertingkatkan pada tahun ini yang memerlukan sokongan serta kerjasama erat dari guru-guru, pelajar dan ibubapa.



KUNJUNGAN.. Amirah bersama guru pengiring Penolong Kanan Pra U Smk Arshad Haini Mustal sempat membuat kunjungan hormat kepada Ahli Parlimen Kota Belud yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan selepas menerima anugerah tersebut

No comments:

Post a Comment