Sunday 1 March 2015

TINGKATKAN KESELAMATAN DI PEJABAT KERAJAAN KATA RADIN




Tenom : Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Malleh menggesa pengurusan Pejabat-pejabat Daerah di seluruh negeri Sabah untuk meningkatkan langkah-langkah keselamatan demi keselamatan penjawat awam dan orang ramai.


Beliau juga menggesa pengurusan Pejabat Daerah untuk mengemaskini Standard Operating Protocol (SOP) mengenai aspek-aspek keselamatan bagi menangani isu-isu keselamatan di premis-permis kerajaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sewaktu diminta mengulas kejadian kes bunuh melibatkan seorang pelajar kolej yang menjalani latihan industri di Pejabat Daerah Keningau pada hari Isnin lepas.

Selain itu, pengurusan Pejabat Daerah juga harus mengambil inisiatif untuk memasang CCTV di lokasi-lokasi strategik untuk memudahkan pemantauan dan kawalan keselamatan dalam bangunan Pejabat Daerah berkenaan.

"Kita rasa simpati dengan kejadian sedih yang menimpa pelajar dan keluarga pelajar itu kerana memahami susah payah dan pengorbanan ibu bapa untuk membesar dan memberi pendidikan kepada pelajar yang malang itu.


"Saya yakin pihak polis mampu menyelesaikan kes itu dengan baik demi kesejahteraanm keselamatan dan keharmonian hidup orang ramai di negeri ini," katanya.

No comments:

Post a Comment