Tuesday 10 March 2015

Wanita bertudung pegang anjing jadi isu


Aktivis hak haiwan terbiar Save our Strays (SOS) menyelar kembali sebuah laman Facebook yang mengkritik program menggalakkan pemeliharaan anjing di Pulau Pinang semalam.

Pengasas SOS April Sham berkata program itu bukan khusus untuk orang Islam seperti digambarkan dalam Facebook itu.

Facebook itu, dikenali Penang Kini, hari ini memuat naik gambar seorang perempuan bertudung bergambar dengan seekor anjing.

Ia dimuat naik bersama tulisan: "Panas! Program orang Islam peluk anjing dah menular ke Penang! Mana Malik Kassim?"

Ia dikatakan berlaku di perkarangan Penang Times.

Malik (kanan) merupakan exco hal ehwal agama Islam Pulau Pinang.

April menjelaskan, acara kebajikan itu dianjurkan dengan kerjasama kumpulan pelajar sebuah sekolah Cina, Han Chiang.

“Penganjur acara itu jelas nyatakan dalam sidang media beberapa hari sebelum itu bahawa acara itu untuk orang bukan Islam sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya tidak dapat menahan orang ramai daripada pelbagai latar belakang menyertainya.

No comments:

Post a Comment