Sunday 5 April 2015

Curi Karan Semakin Menjadi-Jadi, SPRM Siasat Kakitangan SESB Cari Punca Sebenar


Oleh: Shaimon S Jumadi




SANDAKAN : Mencuri karan (menyambungan haram) untuk mendapatkan  bekalan elektrik ke kawasan rumah secara percuma daerah Sandakan semakin hari semakin menular semacam ada dorongan daripada pihak SESB untuk mereka berbuat sedemkian rupa.

Mereka sebenarnya telah lama mengetahui tentang mencuri karan atau penyambungan haram elektrik dari rumah ke rumah khususnya dalam kalangan rumah-rumah setinggan yang diduduki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) tapi mereka membiarkan mereka mencuri menggunakan bekalan lektrik secara percuma; yang jadi mangsa keadaan adalah orang-orang tempatan terpaksa membayar bil setiap paling rendah RM120.00 sebulan, nanti kalau gagal membayar bil yang tertunggak baru seminggu sahaja  bekalan terus dipotong dengan serta-merta, sungguh kejam  macam ala rejim Israel.

Pihak SESB kejam terhadap orang-orang tempatan tetapi memberi ruangan  seluas-luasnya kepada PATI untuk mencuri karan.

Jadi perkara ini semacam ada unsur-unsur rasuah dalam kalangan kakitangan SESB dan bersekongkol dengan PATI kerana mereka sudah tahu adanya kecurian karan namun masih juga diabiarkan sehingga sukar dikawal.

Malah, sudah jadi satu tabiat PATI mencuri karan tanpa segan silu atau rasa takut dengan undang-undang sebab macam ada dorongan daripada pihak-pihak tertentu.

Dalam hal sedemikian digesa agar pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat perkara ini dan berjumpa dengan Jurutera Kanan atau Pegawai Pentadbir SESB tanya kenapa perkara mencuri karan kini berleluasa di sana sini.




Cuba lihat dalam gambar ini bertempat di batu 8 Jalan Labuk; terang-terang nampak dengan jelas penyambungan haram di penyambungan utama dari tiang besar. Tiada sebarang tindakan diambil terhadap orang yang terlibat berbuat demikian; ini boleh dikatakan ada unsur-unsur rasuah. 

Pihak SPRM jangan berdiam diri tetapi harus menjalankan tugas dengan penuh telus agar masyarakat sekeliling tidak memandang serong terhadap peranan tanggungjawab pihak SPRM yang sebenarnya.

Jika mereka yang bersekongkol berjaya diberkas, mohon agar pihak berkuasa jangan lepaskan begitu sahaja supaya masyarakat tidak memandang serong terhadap salahlaku penguatkuasaan undang-undang negara.

1 comment:

  1. JIKA SPRM ADA CUKUP BUKTI KUKUH BAHAWA KAKITANGAN SESB TERLIBAT RASUAH MEMBENARKAN PENCURI KARAN ITU TAHAN MEREKA DALAM SATU MINGGU SEMASA DALAM TAHANAN SPRM TOLONG JANGAN BAGI MERAKA MAKAN ATAU MINUM WALAUPUN SETITIK AIR BIAR MEREKA MAMPUS DALAM TAHANAN INI SAJA UNTUK MENGAJAR KEPADA PARA PEGAWAI DAN KAKITANGAN KERAJAAN YANG SUKA TERLIBAT MELAKUKAN RASUAH BAGUS LAH RAMAI KAKITANGAN KERAJAAN MAMPUS DALOAM TAHANAN SPRM SPRM MESTI TEGAS

    ReplyDelete