Tuesday 21 April 2015

Dijadikan Produk Pelancongan Ghulam



SERAH...Ghulam Rosnah, Mohamad dan Juil menunjukkan isyarat bagus...ketika menyerahkan bantuan baja kepada salah seorang pengusaha Tagal sempana majlis tersebut


PAPAR:  Sistem Tagal bukan sahaja satu kaedah pengurusan biosfera dalam pengurusan persekitaran  namun boleh dijadikan produk pelancongan yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi komuniti setempat.


Pembantu Menteri Pembangunan Insfrastruktur Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar berkata, keadaan gegorafi negeri ini  yang mempunyai beberapa buah sungai yang belum tercemar menjadi pemangkin kepada Sistem Tagal ini boleh dimajukan.


AMANAT.... Ghulam ketika berucap merasmikan majlis tersebut.


Katanya, melalui sistem ini, penggunaan sumber semulajadi atau kawasan tertentu dihadkan bagi tujuan pemuliharaan dan bagi memastikan kewujudan sumber tersebut secara berterusan. 

“Pada hari ini, berapa buah kampong di negeri ini termasuk  komuniti  di kampong Ovai dan Kambizan ini telah mengambil inisiatif mengintegrasikan sistem tagal  dan saya berharap ianya dapat diperluaskan sebagai satu   produk pelancongan di kawasan ini pada masa akan datang” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Tagal Sungai Garamoti di kampong Ovai dan Kamizaan dengan sini kelmarin. 

Hadir sama Timbalan Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Papar Datuk Hajah Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bongawan Mohamad Hali Alamin  Pemimpin Pembangunan Masyarakat N 21 Kawang Datuk Juil Nuatim dan Pegawai Perikanan daerah Papar Tahir Haji Ahmad.


BANTUAN... Ghulam bersama Rosnah dan Mohamad ketika menyampaikan bantuan baja kepada salah seorang penguasa Tagal di kampung tersebut.


Menurut Ghulam yang juga Wakli Rakyat Kawasan Kawang, usaha mewujudkan sistem Tagal oleh komuniti setempat di kampung tersebut merupakan salah satu pendekatan dalam utilitarian sumber semulajadi tempatan yang perlu mendapat sokongan serta kerjasama dari penduduk setempat.

Dalam pada itu, Ghulam berharap aspek keselamatan serta kebersihan perlu diutamakan oleh pengusaha Tagal di kawasan itu yang mana menurut beliau, sistem Tagal dapat melindungi dan memulihara alam sekitar sungai termasuk ekosistem, habitat ikan dan menjaga kebersihan sungai.

Katanya, kerajaan amat menggalakkan penganjuran aktiviti Tagal kerana ianya turut melindungi sumber ikan sungai yang hampir pupus serta meningkatkan pengeluaran ikan sungai sebagai salah satu sumber makanan protein penduduk di luar bandar.

No comments:

Post a Comment