Saturday 4 April 2015

Doris Jones kini terkepung


Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB
yunus.yakkub@kosmo.com.my




KOTA KINABALU – Seorang wanita yang mendakwa bertindak sebagai jurucakap kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM), Doris Jones kini diibaratkan sebagai pelarian yang terkepung kerana kesemua pintu masuk dan keluar negara di seluruh dunia telah dimaklumkan mengenai kepen­tingan penahanannya.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman (gambar) berkata, pihaknya te­lah meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk membantu melaksanakan waran tangkap yang telah dikeluarkan Mahkamah Majistret Tuaran pada Januari lalu.

“Semua pintu masuk dan keluar (seluruh dunia) telah dimaklumkan me­ngenainya. Kita sudah ada prosedur operasi standard.

“Kita hanya tunggu dia (Doris Jones) ditangkap,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Ops Selamat sempena sambutan Tahun Baru Cina di sini semalam. (sumber: kosmo.com.my)


No comments:

Post a Comment