Monday 6 April 2015

Jemaah Haji Malaysia Rekod Akhlak Terbaik Antarabangsa





Musbah(dua dari kanan) menyampaikan sijil kursus asas haji kepada wakil peserta disaksikan Gari (dua kiri) dan Mustapha(kanan)



KOTA BELUD: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Musbah Haji Jamli berkata, semua Negara di dunia ini telah memuji Jemaah Haji Malaysia yang mempunyai akhlak yang terpuji, ketika berada di tanah suci Mekah.


Katanya, itu adalah hasil daripada pelbagai komen serta komitmen jemaah haji yang telah menunaikan Fardu Haji dan juga yang telah menghadiri semua kursus haji yang dianjurkan oleh Tabung Haji yang telah berjaya melahirkan jemaah haji, memengang rekod sebagai jemaah haji terbaik di peringkat antarabangsa.

“Oleh itu, saya berharap agar peserta kursus yang terpilih dan akan terpilih, dapat meneruskan dan mengekalkan rekod terbaik yang telah diperolehi selama ini, demi menjaga nama baik Malaysia juga sebagai sebuah Negara Islam yang disegani,

“Peserta kursus juga perlu menjaga kesihatan mereka sepanjang penantian sebelum berangkat ke Tanah Suci.” Katanya.

Musbah berkata, semasa  berada di Tanah Suci, sejumlah hampir empat juta orang berada di suatu tempat yang terbatas.

Oleh itu katanya, sudah tentu pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi, iaitu  perlu bersabar berasas kepada Firman Allah dalam Al-Baqarah: 197 bermaksud, “Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya(dengan niat mengerjakan) ibadat haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan haji”.

Musbah berkata, semasa berada di tanah suci, hendaklah mematuhi arahan-arahan dan panduan keselamatan yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi dan Tabung Haji itu sendiri.

“Jika ada kesulitan hendaklah meminta pertolongan dengan para pegawai dan petugas Tabung Haji dengan penuh kesabaran serta berhemah” katanya.

Musbah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tempasuk berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Penangguhan Kursus Asas Haji Peringkat Panai Barat Utara(PBU) di daerah Kota Belud, bertempat di SK Sembirai, pada  Ahad.

Turut hadir Pegawai Daerah Kota Belud, Haji Abdul Gari Haji Itam, Timbalan Pengarah Tabung Haji Sabah, Haji Mustapha Kamal Abdul Latif .

Seramai 260 orang peserta kursus berjaya menghadiri 17 siri kursus yang diadakan setiap Ahad.

Musbah berkata, kursus yang mereka hadiri itu amat penting sebagai persediaan menimba ilmu haji sebelum berada di Tanah Suci.



Musbah(dua dari kanan) terima cendera kenangan disampaikan oleh DO Gari Itam(kiri) disaksikan Mustapha Kamal(kanan)


Menurut Musbah,  terdapat 1.7 juta umat Islam di seluruh Malaysia yang telah mendaftar dan menunggu giliran masing-masing untuk terpilih menunaikan Fardhu Haji setiap tahun.

“Malah Saya difahamkan,  bahawa umat Islam atau pendeposit Tabung Haji yang mendaftar hari ini gilirannya ialah tahun 2082, namun begitu, pihak Tabung Haji memberikan peluang bagi yang hendak menunaikan Fardhu Haji lebih awal daripada tarikh pendaftaran haji,” katanya.

Musbah berkata, Lembaga Tabung Haji telah berjaya mengharumkan nama baik Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Katanya, Modul Pengurusan Haji, telah mendapat pengiktirafan Negara-negara OIC dan dijadikan rujukan di peringkat antarabangsa.



Peserta Kursus Asas Haji peringkat PBU di Kota Belud  


"Sebagai sebuah organisasi yang cemerlang dan mengambil berat kebajikan bakal-bakal jemaah haji,  dari awal lagi Tabung Haji telah menyediakan pelbagai program kepada Jemaah haji yang merangkumi persiapan mental dan fizikal melalui kursus,” katanya.

Peserta Kursus Asas Haji yang terpilih untuk menunaikan Fardhu Haji akan mengikut Kursus Haji Intensif (peringkat pertangahan), Kursus Haji Khas dan Kursus Haji Perdana(peringkat Akhir).

No comments:

Post a Comment