Thursday 16 April 2015

Kastam Dan KPDNKK Digesa Hentikan Segera Menekan Peniaga Yang Kurang Arif GST- DAP


Oleh: Shaimon S Jumadi


AUTA DAN PEMBOHONG BESAR.....demi meraih jawatan dan membodek Pemimpin ayng memerintah, kononnya mewakili dan telah mendapat responden penuh dari rakyat bahawa GST tidak membebankan rakyat

SANDAKAN : Jabatan Kastam dan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) disaran agar menghentikan segala tindakan penguatkuasaan  dengan segera agar berhenti dari terus menggangu gugat para peniaga yang masih belum dapat menyesuaikan diri dan menghadapi kesukaran dan berharap kerajaan dapat membantu para peniaga menyesuaikan diri dengan sistem GST, bukanlah terus menindas mereka buat masa ini.

Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong yang banyak  menerima aduan dan rungutan daripada para peniaga di mana pihak Kastam dan KPDNKK tak henti-henti terus  menggangu dan menghantui para peniaga terbabit yang belum selesa dengan perlasanaan GST.


Beliau berkata, kerajaan berkeras-keras untuk melaksanakan GST sehingga mengakibatkan kini pasaran berada dalam keadaan huru-hara yang mana banyak barang yang dikenakan GST masih tidak jelas perlaksanaannya.

Peniaga turut berasa keliru dan susah hati, namun kerajaan pula bukan sahaja tiada memberikan bantuan, malah terus memberi tekanan kepada peniaga untuk membayar cukai.

Wong menerima banyak aduan daripada peniaga, khususnya peniaga kecil dan sederhana yang menghadapi banyak kesukaran terhadap perkara ini dan masih tidak jelas dengan senarai barang yang dikecualikan GST; hal ini memerlukan bantuan daripada kerajaan dan jabatan berkenaan.

Beliau menyerang kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang menunjukkan kerajaan amat puas hati dengan sistem pelaksanaan GST dan dijangka dapat memperoleh pendapatan sebanyak RM22 billion kepada Kerajaan Persekutuan. 

“Ini adalah jelas bahawa mereka menindas rakyat demi mengaut keuntungan, orang lain melaksanakan GST untuk mencapai pembaharuan cukai, tetapi kerajaan pula menganggap ia sebagai alat untuk mengaut keuntungan, ini adalah sangat tidak munasabah! Yang lagi terlampau ialah, kerajaan seolah-olah ingin menggorek wang daripada rakyat untuk membayar hutang Negara sebanyak RM740 billion, ini amat membebankan rakyat!”

Wong mendedahkan bahawa, walaupun GST telah berlangsung selama 10 hari, tetapi masih ramai peniaga sedang menunggu sistem perakaunan GST yang belum sampai stok. 

Tanpa sistem perakaunan yang memenuhi spesifikasi, peniaga tidak dapat memberikan resit yang sah kepada para pelanggan, dan ini telah melanggar undang-undang. 

Oleh itu, sedangkan masih banyak masalah teknikal yang perlu ditangani, kerajaan patut menghentikan segala tindakan penguatkuasaan buat sementara, supaya para peniaga yang menghadapi masalah berkenaan dapat menyesuaikan diri, sekurang-kurangnya diberikan tempoh penangguhan selama setengah tahun, membolehkan pasaran kembali kepada normal.

Wong yang juga Timbalan Pengerusi DAP Sabah berkata, masalah dan kejadian yang huru-hara ini membuktikan kerajaan langsung belum bersiap sedia untuk melaksanakan GST.

Kini, pasaran bertambah suram menunjukkan Malaysia masih belum bersedia untuk melaksanakan GST. Kata beliau, bukan sahaja peniaga kecil, perusahaan besar seperti 7-11 juga melakukan kesilapan. Banyak perniagaan dan kedai tradisional juga telah ditutup.

Selain itu, beliau juga memarahi pegawai Jabatan Kastam dan Menteri berbohong kepada rakyat demi “memperindahkan” GST dengan mengatakan bahawa selepas pelaksanaan GST, sebahagian besar barang tidak akan naik harga, serta banyak barang akan turun harga. 

“Ini adalah pembohongan yang besar, Pegawai, Menteri dan Perdana Menteri harus memberi penjelasan, menyenaraikan barangan yang diturunkan harga, supaya rakyat mengetahui dan membeli mengikut senarai tersebut.”

Beliau bertambah, kini pasaran bukan sahaja suram, malah selepas pelaksanaan GST, peniaga dan restoran turut menaikkan harga, terutamanya di Sabah, ini membuktikan GST tidak membawa manfaat kepada pasaran.

Wong menegaskan bahawa, sebelum rang undang-undang GST dibahaskan di Parlimen, beliau telah berkali-kali menyeru kerajaan menangguhkan pelaksanaan GST, dan memansuhkan pelaksanaan di Sabah, kerana Sabah dan Malaysia masih belum bersiap sedia. Tetapi beliau amat kecewa kerana kerajaan berkeras-keras melaksanakan GST, menjejaskan kehidupan rakyat. 

No comments:

Post a Comment