Wednesday 22 April 2015

Kastam, KPDKK Digesa Tangani Masalah GST - Datuk Rubin Balang


Oleh: Darrel Mat Salong


UMNO BAMBAN....Datuk Rubin Balang merasmikan mesyuarat Cawangan Umno Kg Bamban pada Sabtu.


KEMABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kemabong Datuk Rubin Balang menegaskan bahawa isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang kini semakin panas diperkatakan oleh semua golongan terutamanya masyarakat luar bandar yakin ianya dapat diselesaikan dalam masa terdekat.


Namun demikian, terserahlah kepada pihak kerajaan terutamanya agensi agensi yang berkaitan seperti Jabatan Kastam dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Korporasi Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menanganinya, kata beliau.

“Terpulanglah kepada agensi agensi itu untuk melakukan penambahbaikan kerana di pihak kita sudah melakukan yang terbaik di mana beberapa taklimat kepada cawangan-cawangan dan JKKK sudah dijalankan sebelum ini,” kata beliau ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Cawangan Umno Kg Bamban pada Sabtu.

Hadir sama di majlis itu, Ketua Penerangan Umno Pusat Jamawi Jaafar, Setiausaha Umno Bahagian Tenom yang juga bekas Adun Kemabong Esar Andamas, Pegawai Penerangan Umno Tenom Suraimi Magi dan para AJK Bahagian Ir Patar Seluang dan Matussin Balang serta Puteri Umno Tenom.

Rubin yang baru menerima perlantikkan selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tenom berkata, bahawa kerjasama yang telah sedia wujud di antara pemimpin peringkat kampung khususnya JKKK, Ketua Kampung dengan masyarakat setempat perlu diteruskan, selain itu perlu mengadakan mesyuarat mereka setiap bulan.

“Mereka perlu membincangkan pelbagai masalah secara menyeluruh terutamanya dari segi kebersihan kawasan demi mengekalkan penjagaan kesihatan supaya keluarga berada di dalam penghidupan yang lebih selesa, aman dan damai.

“Disamping itu juga, mereka boleh terus membincangkan berhubung dengan beberapa masalah lain seperti masalah bekalan air bersih, pemasangan paip graviti untuk keperluan penduduk dan selepas itu lapor segera ke Pejabat Daerah mahu pun Pejabat UPKR untuk tindakan segera,” tegasnya.

Dalam pada itu, berhubung dengan perkembangan parti Umno di kawasan itu, beliau yakin Umno cawangan Kg Bamban tidak mudah ditembusi oleh pihak pembangkang kerana Cawangan itu merupakan kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) sejak berpuluh tahun dahulu.


Malahan kawasan itu berikrar akan terus memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada pucuk pimpinan terutamanya Presiden Umno Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

No comments:

Post a Comment