Monday 6 April 2015

Kedai Telefon Bimbit Enggan Jual Reload Gara-Gara GST


Oleh: Michael Angkongan




Kota Kinabalu : Dalam beberapa hari termasuk  kelmarin, kebanyakkan kedai-kedai  di sekitar Bandar Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau  yang menjual handset yang merangkumi menjual repaid/reload  tidak puas hati kewujudan Cukai Perkhidmatan Jualan (Goods Service Tax) GST kerana merasa tertipu.

Mereka jadi serba salah sama ada mahu mengenakan GST repaid/reload kerana masih banyak stok tidak dikenakan GST; ada dua tiga kedai sudah memulakan GST ini, kesan buruknya bukan saja kena kepada pengguna malahan juga  terhadap para pekedai yang turut terlibat kena tempiasnya.


Dalam tinjauan wartawan Sabahkini.Net dari Kota Kimabalu ke daerah Sandakan dan Tawau, sempat bertanyakan tentang GST. Dalam 10 orang, hanya dua tiga orang yang suka GST sebab mereka golongan korperat selebihnya mereka adalah terdiri daripada golongan yang kurang berada.

Dalam perkembangan yang sama, Sabah Insider bertanyakan beberapa peniaga di sekitar Bandar Kota Kinabalu, rata-rata melahirkan rasa kesesalan kepada tindakan kerajaan  kerana mengenakan  GST terhadap 80 peratus  jenis barangan keperluan.


AUTA.....Hampir majoriti Menteri BN kuat berbohong


“Kalau begini kami orang cina mahu bincang dengan semua persatuan cina di Sabah agar tidak memberi undi kepada mana-mana calon Barisan Nasional (BN) pada PRU 14 nanti, kalau menang nanti rakyat akan bertambah menderita lagi bagus kita kasih undi sama PAS, PKR dan DAP” kata Michael Chong seorang peniaga.

Menurut laporan rasmi yang tersiar di kaca TV media portal media cetak bahawa, Tan Sri Hassan Malik Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PNDKK) kononnya sebanyak 8,282 jenis barangan akan turun selepas wujud dan pelaksanaan GST tetapi pada hakikatnya 80 peratus harga barang-barangan keperluan harian semakin hari semakin meningkat di antara 20 sen hingga RM3.00.

Ini diikuti oleh banyak restoran India di seluruh  negeri yang sudah mengenakan GST itu memang  wajar, tetapi adalah dinasihatkan agar jangan menaikan harga makanan dan minuman terlalu tinggi; contoh roti canai telur sebelum GST harga RM2.20 sekarang selepas GST naik hingga RM2.70 sen.


Jika KPNDKK benar-benar telus dalam memantau kenaikan harga kepada para peniaga sudah pastinya tiada berlakunya penyelewengan dalam kalangan peniaga yang mengambil kesempatan dalam mengaut keuntungan hingga 80  peratus setiap barang yang dijual.

2 comments:

  1. NAMPKANYA MASYARAKAT CINA DI SABAH MULAI MARAH KEPADA BN GARA-GARA MENGENAKAN GST MEREKA BERSATU UNTUK MENEMUI PEMIMPIN2 MASYARAKAT CINA UNTUK BINCANG MEREKA BERSATU NANTI PRU 14 MEREKA NANTI TAK BAGI UNDI KEPADA MANA-MANA CALON BN MEREKA RELA BAGI CALON2 PAS-PKR DAN DAP JADI BN SABAH MENGHADAPI MASALAH BESAR KALAU KADAZAN-DUSUN DAN CINA BERSATU UNTUK TUMBANGKAN BN

    ReplyDelete
  2. NAMPKANYA MASYARAKAT CINA DI SABAH MULAI MARAH KEPADA BN GARA-GARA MENGENAKAN GST MEREKA BERSATU UNTUK MENEMUI PEMIMPIN2 MASYARAKAT CINA UNTUK BINCANG MEREKA BERSATU NANTI PRU 14 MEREKA NANTI TAK BAGI UNDI KEPADA MANA-MANA CALON BN MEREKA RELA BAGI CALON2 PAS-PKR DAN DAP JADI BN SABAH MENGHADAPI MASALAH BESAR KALAU KADAZAN-DUSUN DAN CINA BERSATU UNTUK TUMBANGKAN BN

    ReplyDelete