Wednesday 8 April 2015

Kerajaan tidak berbelah bahagi membela nasib mangsa kebakaran Kg.Bangau-Bangau - Nasir Sakaran


Oleh: Arshad Hussin


PRIHATIN...Dato Sri Nasir(tengah) diringi Dr.Chacho(tiga kiri) melawat mangsa-mangsa kebakaran ke-2 Kg.Bangau-Bangau di Dewan Masyarakat Semporna.


SEMPORNA: Kerajaan bersama badan-badan NGO terus memberikan perhatian dan bantuan kepada mangsa-mangsa kebakaran khasnya yang baru sahaj berlaku di Kampung Bangau-Bangau dengan menyalurkan pelbagai bantuan kewangan, peralatan dapur, makanan dan minuman serta pakaian.


Wakil Rakyat Senallang, Datuk Sri Nasir Tun Hj Sakaran,menjelaskan, keprihatinan kerajaan tidak berbelah bahagi memberi bantuan kepada semua mangsa yang terlibat kebakarann tanpa mengira status kerakyataan mangsa atas dasar kemanusiaan.

Nasir berkata demikian sempena lawatan dan penyampaian bantuan kepada mangsa-mangsa kebakaran pertama dan kedua di sini.




PAGSAVAL KAAM...Nasir (kiri)berkata sesuatu sambil menasihatkan sebahagian mangsa kebakaran bersabar sempena majlis penyampaian bantuan di Dewan Masyarakat Kg.Bangau-Bangau,Semporna.


BINCANG...Nasir (tengah) diringi Hj.Hasbullah(tiga kanan) berbincang sesuatu bersama Dr.Chacho(dua kiri) sempena melawat mangsa kebakaran kedua Kg.Bangau-Bangau di Semporna.

Terdahulu,Nasir diringi Ketua Wanita USIA,Datin Hajah Rukiah Badar; Pegawai Daerah Semporna,Dr.Chacho Bullah,Ketua Daerah Semporna,OKK Hj.Musa Sabaani; Pegawai khas Menteri KKLW ,Hj.Hasbullah Datuk Raudah; Pegawai KBS Daerah, Marasun Hassim Pegawai Perhubungan SEDCO,Haji Tahir Amir;Kakitangan Pejabat UPPM & Adun-Adun Parlimen Semporna serta kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan melawat mangsa kebakaran Ke-2 Kg.Bangau-Bangau di Dewan Masyarakat Semporna seterusnya menyampaikan bantuan kepada semua mangsa kebakaran di Dewan  Arena Belia Semporna.



BANTUAN KERAJAAN...Nasir(kanan) diringi Dr.Chacho(dua kanan) menyampaikan bantuan berupa kewangan daripada PZS kepada salah seorang daripada 397 mangsa kebakaran pertama Kg.Bangau-Bangau di  Dewan Belia Semporna.



SUMBANGAN PAKAIAN...Nasir (dua kanan) dan Rukiah Badar(kiri) diringi Dr.Chacho(kanan) menyerahkan sumbangan daripada Belia Usia Semporna berupa pakaian kepada Pegawai Daerah, Dr.Chacho(kanan) sempena melawat mangsa kebakaran kedua Kg.Bangau-Bangau di Dewan Masyarakat Semporna.



Sempena majlis itu Datuk Nasir,menyampaikan bantuan kewangan sumbangan Pusat Zakat Sabah(PZS) RM500. seorang Isi Rumah (KIR) memiliki dokumen mangsa kebakaran pertama Kg.Bangau-Bangau  dan RM300.kepada setiap KIR dan 3-ratus ringgit kepada mangsa yang tidak memiliki dokumen.



PERALATAN DAPUR...Dato Sri Nasir(tengah); Datin Sri Rukiah(kiri) dan Hj.Hasbullah(kanan) turut menyaksikan  Pengarah Urusan PEKEMA,puan Saadiah Abd.Rashad(dua kiri) sempena majlis itu di Dewan Masyarakat Kg.Bangau-Bangau,Semporna.


Mangsa kebakaran pertama Kampung Bangau-Bangau pada awal pagi 25 Mac 2015 lalu,yang berdaftar seramai 397  KIR dan mangsa kebakaran kedua melibatkan lebih 400 KIR.

Nasir berkata, selain sumbangan wang ringgit yang bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa kebakaran mereka juga turut menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur seperti dapur gas dan air minuman daripada Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) iaitu Syarikat Raspand Semporna,disampaikan Pengarah Urusannya,Puan Saadiah Hj Abd.Rashad dan Ketua Wanita Usia,Datin Sri Hjh.Rukiah Badar menyampaikan bantuan minuman mineral serta pakaian daripada Pertubuhan Islam seluruh Sabah (USIA) disampaikan Ketua Belia USIA Daerah,Hassan Hj.Lipai.

Beliau juga menjelaskan, usaha kerajaan seterusnya yang sedang dilaksana Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyediakan penempatan kepada mangsa-mangsa kebakaran kedua yang juga berlaku di Kampung Bangau-bangau pada Sabtu lepas.



SUMBANGAN BELIA USIA...Dato Sri Nasir(dua kanan) diringi Pegawai Daerah,Dr.Chacho)dua kiri) dan Ketua Belia USIA Daerah,Hassan Lipai(kanan) menyampaikan sumbangan pakaian kepada mangsa-mangsa kebakaran Ke-2 Kg.Bangau-Bangau di Dewan Masyarakat Semporna.



PEMIMPIN PRIHATIN...Dato Sri Nasir(duduk) berbual mesra dengan sebahagian mangsa-mangsa kebakaran Ke-2 Kg.Bangau-Bangau sempena lawatan dan penyampaian bantuan itu di Dewan Masyarakat Semporna.


Nasir yang juga Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO)  berkata, pihaknya menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri dan persekutuan serta pucuk kepimpinan kerajaan atas bantuan dan keprihatinan kepada  mangsa-mangsa terlibat dengan menyediakan khemah sementara dan menyediakan pelbagai kemudahan asas termasuk tandas,air,bangunan dapur sementara di kawasan penempatan itu.

Sehubungan itu, Nasir  menasihatkan semua mangsa kebakaran di Kampung Bangau-Bangau sentiasa mematuhi arahan dan peraturan pihak berkuasa sepanjang tinggal di khemah penempatan itu serta sentiasa prihatin menjaga kebersihan kawasan khemah, mengutamakan keselamatan dan kesihatan masing-masing dan tidak membuat penyambungan elektrik dan memasak dalam khemah bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

“Kita berharap kepada semua Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK di kawasan ini,sentiasa memberikan bekerjasama kepada pihak kerajaan untuk memantau dan memberikan bantuan maklumat kepada mangsa kebakaran,” kata Nasir.


PAKAIAN  BELIA USIA...Dato Sri Nasir(dua kanan) diringi Pegawai Daerah,Dr.Chacho)dua kiri) dan Ketua Belia USIA Daerah,Hassan Lipai(kanan) menyampaikan sumbangan pakaian kepada salah seorang KIR mangsa kebakaran Ke-2 Kg.Bangau-Bangau di Dewan Masyarakat Semporna.




RINGAN BEBAN...Dato Sri Nasir(kanan) diringi Dr.Chacho(tengah) menyampaikan bantuan kewangan daripada PZS kepada salah seorang mangsa kebakaran pertama Kg.Bangau-Bangau di Dewan Belia Semporna.

No comments:

Post a Comment