Tuesday 7 April 2015

Kereta Kancil SD5597B Musnah Terbakar Gara-Gara Bateri Panas


Oleh: Shaimon S Jumadi


RENTUNG...bahagian depan rentung selepas sejam terbakat akibat bateri panas


SANDAKAN : Malam tadi kira-kira jam 2.00 petang, satu berlakunya kebakaran yang membabitkan sebuah kereta Kancil nombor plat SD5597B dihadapan bangunan blok antara 24-26, Taman Mesra.


Menurut saksi yang melihat tragedi itu, kebakaran bermula dari api yang kecil tentu boleh diselamatkan; mangsa berteriak terpekik-terlolong tiada orang yang ambil kisah langsung selama sejam, yang kemudiannya barulah pihak Jabatan Perkhidmatan Bomba datang untuk memadamkan api kereta yang sudah separuh rentung bahagian depan.

Punca kebakaran itu disebabkan bateri kereta terlalu panas kerana terlalu banyak penyambungan wayar sana sini  untuk  eksesori dalaman kereta yang mengguna 'amplifier loud speaker' besar supaya suara muzik bisa menggegarkan jantung.

Pihak Bomba berjaya memadamkan api dalam  masa 20 minit sahaja dibantu oleh 4 orang anggota.


Kini, kereta berkenaan tidak boleh menuntut sebarang insurans akibat kecuaian pemandu berkenaan yang menyalahi etika insurans.

No comments:

Post a Comment