Tuesday 21 April 2015

Lagi Isu Sotong Disimbah Air Mayat



Oleh: Shaimon S Jumadi

SOTONG MENGANDUNGI AIR MAYAT.....tiada satu pun lalat yang mengerumuni sotong ketika dipamerkan di atas para-para jualan di Pasar

SANDAKAN : Kelihatan jelas para peniaga ikan atau sotong di pasar-pasar umum sama ada di Pasar Ikan Sandakan, Kota Kinabalu. Tawau dan Lahad Datuk betul-betul mencabar kewibawaan pihak berkuasa khususnya Jabatan Perikanan dan Jabatan Kesihatan kerana masih mengamalkan penyiraman pada ikan-ikan dan sotong dengan menggunakan bahan pengawet mayat (air keras).


Ini semuanya disebabkan kelalaian dan kecuaian dan kurangnya tanggungjawab pihak-pihak yang berkenaan untuk membuat pemantauan atas kegiatan para penjual ikan berbuat demikian walaupun pihak kerajaan tahu kesan buruk dan akibatnya kalau  manusia makan ikan-ikan yang disimbah dengan air mayat.

Mungkin menunggu rakyat di Sabah ini termasuk para Menteri-Menteri mati kerana keracunan makanan barulah jabatan-jabatan berkenaan akan mengambil tindakan drastik, selagi belum ada orang mati keracunan makan ikan sotong selagi itulah Jabatan Perikanan dan Jabatan Kesihatan tidak menghiraukan langsung keadaan ini.


Sebenarnya fenomena ini sudah lama berlaku di Sabah, kita tidak tahu  perkara menyimbah ikan-ikan guna air mayat telah disedari oleh pihak berkuasa ataupun mereka membuta tuli atau mereka sudah menerima sogokkan yang agak lumayan daripada penjual ikan, jadi mereka main tutup mata.

Kesan buruknya kalau manusia makan ikan yang disimbah air mayat, ianya  mudah mendapat kanser mungkin inilah yang mahukan oleh pihak kerkuasa membunuh rakyat Sabah kerana tidak mahu mengambil  sebarang tindakan tegas terhadap peniaga ikan yang terbabit.

Nanti kalau ada keluarga Menteri-Menteri Pegawai-Pegawai mampus kerana keracunan makan ikan-ikan yang disimbah air mayat barulah mereka  menggelabah dan menyesal seumur hidup kerana kehilangan orang-orang yang tersayang.

Kelmarin, salah seorang penduduk di Penampang dikatakan membeli sotong di pasar Donggongon, sebaik sahaja adiknya makan sotong berkenaan tiba-tiba  muntah-muntah muka jadi biru pucat mujurlan cepat di bawa ke Hospital kalau tidak tentu mati. Setelah diperiksa Doktor berdasarkan sampel muntah berkenaan bahawa Sotong yang dimakan mengandungi bahan Air Mayat.

No comments:

Post a Comment