Wednesday 1 April 2015

Lawatan Pelakon James Bond ke Mantanani



Musbah(tiga kiri) pelakonantarabangsa dari Malaysia, Tan Sri Michelle Yesh(tiga kanan) bersama rombongan berehat di Palm Beach, Pulau Mantanani, Kota Belud



KOTA BELUD:  Pelakon antarabangsa dari Malaysia, Tan Sri Michelle Yesh  mendarat berehat di Pulau Mantanani, dengan dua buah helicopter pada  jam 3.30 petang, Ahad.


Pelakon  yang pernah membintangi Filem James Bond 007 itu, turut diiringi oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tempasuk, Datuk Musbah Haji Jamli.


Musbah(kiri) mengiringi pelakon antarabangsa  Malaysia, Tan Sri Michelle Yesh(tengah) ketikameninjau potensi Pulau Mantanani, Kota Belud


Michelle Yesh, merupakan Duta Pelancong Malaysia telah meninjau sekitar Pulau Mantanai bagi melihat sendiri potensi pulau berkenaan yang telah dicadangkan sebagai Destinasi Pelancongan Negeri Sabah yang terbaru.

Sempena lawatan tersebut, Tan Sri sangat berpuas hati dengan perkembangan pusat-pusat pelancongan yang tumbuh bagaikan cendawan di Pulau Mantanani, antaranya Palm Beach.

Menurut sumber, difahamkan pelakon antarabangsa itu dijangka akan kembali lagi di Pulau Mantanai itu,  bersama rombongannya pada satu hari kelak.

No comments:

Post a Comment