Monday 6 April 2015

Matangkan Mahasiswa, kata Fadli



MERIAH... Fadli disambut dengan meriah sejuruh tiba di majlis tersebut

KOTA BELUD: Golongan mahasiswa merupakan modal insan dan pelapis kepimpinan negara yang perlu didedah dengan aktiviti kemasyarakatan agar dapat menimba pengalaman sebelum menjadi pemimpin, pentadbir, dan anggota komuniti.


Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Belud Haji Fadli Juanas berkata, golongan itu memerlukan program di luar kampus seperti aktiviti kemasyarakatan, kegiatan berpersatuan supaya masing-masing berpeluang mengasah bakat dan kebolehan.


PERSEMBAHAN...Fadli disambut dengan persembahan silat sejurus tiba untuk merasmikan program tersebut

“Secara tidak langsung ia juga dapat melatih mereka tentang kemahiran berkomunikasi dengan masyarakat, didedahkan dengan konsep turun padang dan aktiviti berpersatuan yang merupakan sebahagian pendidikan untuk membina modal insan. Katanya semasa berucap di majlis  Lambaian Di Bawah Bayu dan penyerahan anak angkat bersama pelajar UTM Sekudai Johor di Sk Suang Punggor Kota Belud petang kelmarin.

Menurut Fadli melalui program seperti ini, idea-idea baharu dapat dicetuskan sebagai pemangkin kepada kemajuan pembangunan modal insan, ekonomi dan budaya. 

Program selama tiga hari itu dan antara tujuan utamanya ialah menyeimbangkan pelajaran serta sahsiah diri agar seiring dengan pembangunan Negara selain selain menjalin hubungan dengan masyarakat setempat.


PESERTA Antara mahasiswa dan mahasiswa UTM Sekudai Johor yang menyertai program tersebut


Fadli berkata, melalui program kemasyarakatan juga, peserta bukan sahaja dapat mendekati masyarakat tetapi menjiwai kehidupan sebenar dan keperluan mereka.

“Mahasiswa dan mahasiswi akan dapat menambah pengetahuan untuk diaplikasikan selepas bergraduan. Pembudayaan ilmu dalam konteks mengilmukan masyarakat dan memasyarakatkan ilmu akan dapati direalisasikan dengan baik” katanya. 

MESRA...Fadli berbual mesra dengan penduduk setempat sejurus selasai merasmikan program tersebut

Fadli menambah mahasiswa dan mahasiswi  perlu memahami kehidupan bermasyarakat  bagi melahirkan modal insan yang mantap daripada segi pemikiran dan spiritual.

Pelbagai aktiviti akan dijalankan oleh mahasiswa semasa menjalankan program tersebut antaranya  Khidmat Pendidikan, Ceramah Agama Khidmat Masyarakat, Program Anak Angkat, Utm Technologies Exposure dan Cultural Exchange.

No comments:

Post a Comment