Wednesday 8 April 2015

MPS Dan Jabatan Kesihatan Harus Ambil Tegas Penjaja Di BDC


Oleh: Shaimon S Jumadi


SANDAKAN : Unit Bahagian Aduan Awam Portal Online Sabahkini.Net  kelmarin  menerima beberapa duan daripada orang ramai mengenai kedudukan kiosk (gerai) di hadapan Kedai Sui Theck (BDC) Sdn Bhd bahawa gerai yang menjual jeruk buah-buahan telah mengenakan GST  kepala pelanggannya yang membeli tapi tiada resit dikeluarkan.

Yang kedua, mereka mengadu  bahawa bahawa penjaja tersebut dikhuatiri tidak mempunyai lesen penjaja yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang ketika penjaja itu tidak mempunyai sijil kesihatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Sandakan.


Menurut pengadu yang namanya tidak mahu disebut mendakwa bahawa, penjaja menjual jeruk manga atau jeruk jambu berharga RM1.00 sebungkus; kalau pelanggan minta jeruk itu dibubuh dengan asam amoi (Fah Moi) dikenakan tambah bayaran 50 sen menjadikan ianya RM1.50 kononnya caj GST.

Memandangkan perbuatan penjaja berkenaan sudah terang-terang menipu, ramai pelanggan yang jadi mangsa keadaan adalah diminta pihak Penguatkuasa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan Jabatan Kesihatan Sandakan membuat serbuan mengejut ke kiosk tersebut dengan segera untuk memastikan bahawa penjaja tidak mempunyai lesen dan sijil kesihatan.

Pemilik gerai (Kiosk) berkenaan harus diambil tindakan keras jika mereka tidak mempunyai lesen atau sijil kesihatan; penjaja berkenaan diarah  tutup saja peniagaan sebelum ramai jadi mangsa penipuan atau keracunan makanan dan didenda sekali sebanyak RM3,000.00, jika gagal membayar akan dimasukkan ke penjara antara 3 tahun hingga 5 lima tahun atau disebat rotan 10 kali  ini menjadi pengajaran mana-mana peniaga yang degil supaya mereka tidak melakukan perkara-perkara sekeji itu.


Menghairankan pula, penjaja jual jeruk pun pelanggan, dikenakan GST ini  jelas menampakkan bahawa penjaja tersebut sengaja cari nahas kerana bulat-bulat menipu pelanggan; mentang-mentang kerajaan telah melaksanakan GST jadi mereka mengambil kesempatan juga.

1 comment:

  1. KPDNKK JANGAN PENJARAKAN PENAIAGA YANG ENGKAR TEMBAK SATU-SATU KAN POLIS ADA KUASA SURUH TEMBAK INI SEBAGAI JALANKAN HUKUMAN SETIMPAL KEPADA PARAPENIAGA YANG DEGIL ROTAN 10 KALI TAK CUKUP BAGUS TEMBAK SATU PERSATU HUKUMAN BARI AKAN DICADANGKAN DIPARLIMEN AGAR PIHAK KPDNKK BERBUAT DEMIKIAN.

    ReplyDelete