Thursday 2 April 2015

Nasir serah 104 buah khemah sementara kepada mangsa kebakaran Kg.Bangau-Bangau




PENEMPATAN KHEMAH...Sebahagian daripada 104 khemah sementara yang siap dibina untuk mangsa-mangsa kebakaran Kampung Bangau-Bangau,Semporna.


SEMPORNA: Wakil Rakyat Senallang Dato Sri Nasir Tun Sakaran, mengingatkan semua mangsa kebakaran agar mematuhi  arahan dan peraturan pihak berkuasa sepanjang tinggal di khemah penempatan sementara  di kawasan kampung Bangau-Bangau.



SERAHKHEMAH...Nasir(kanan) diringi Dr.Chacho(tiga kanan) dan Zulkifli Allani(kiri) menyampaikan nombor lot khemah kepada salah seorang Ketua Isi Rumah mangsa kebakaran Kg.Bangau-Bangau di Semporna.



MANGSA KEBAKARAN...Sebahagian daripada lebih 2,500 mangsa kebakaran menghadiri majlis itu di Dewan Kampung Bangau-Bangau,Semporna.

Mereka juga dinasihatkan supaya menjaga kebersihan kawasan khemah; tidak membuat penyambungan letrik ke dalam khemah; tidak merokok dan tidak memasak  di dalam khemah.

Katanya, semua kemudahan telah disediakan di kawasan itu termasuk bangunan dapur memasak, tandas, bekalan air serta bangunan kamar mandi serta bangunan riadah.

Nasir berkata demikian sempena majlis  Perasmian dan menyerahkan  104 buah Khemah Sementara kepada ketua-ketua isi rumah (KIR) mangsa kebakaran Kampung Bangau-Bangau di sini.





NOMBOR KHEMAH...Nasir (kanan) diringi Dr.Chacho(dua kanan);ADO Ag.Yusof(tengah) dan Zulkifli Allani(kiri) menyampaikan nombor lot khemah kepada salah seorang KIR mangsa kebakaran Kg.Bangau-Bangau di Semporna.




SEIRING JALAN...Dato sri Nasir(kiri) bersama Dr.Chacho(depan tengah) memeriksa pembinaan jambatan sejauh 400 meter yang sedang dalam persiapan pembinaan di Kg.Bangau-Bangau,Semporna.

Sehubungan itu, beliau meminta mangsa-mangsa kebakaran bersabar kerana  pihak kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN);KKLW dan Ahli Parlimen Semporna, Dato Mohd Shafie Apdal sedang berusaha menambah 115 buah lagi khemah dalam masa terdekat.

Kesemua khemah itu merupakan khemah yang dipinjamkan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk Mangsa Bencana Alam Malaysia dan diusahakan sepenuhnya oleh Ahli Parlimen Semporna, Dato Mohd.Shafie Apdal.

Hadir sama sempena majlis itu, Pegawai Daerah Semporna merangkap Pengerusi Keselamatan Daerah, Dr.Chacho Hj.Bulah; Wakil  Komander ESSCOM, Penolong Pegawai Daerah, Ag.Yusof Ag.Ali; Pegawai Perhubungan Parlimen Semporna, Hj.Hasbullah Datuk Hj.Raudah; Pengerusi KPTM, Dato Mohd.Aziz Jamman; PPM Sulabayan, Hj.Zulkifli Allani; PPM Bugaya, Abdul Suhud; kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan serta pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.

Nasir berkata, mangsa-mangsa kebakaran tidak perlu gusar kerana penempatan itu hanya bersifat sementara sehingga kerajaan menyediakan rumah kepada semua mangsa yang terlibat.



KHEMAH SEMENTARA...Nasir(kanan);Dr.Chacho;Dato Mohd.Aziz(kiri) diringi anggota keselamatan(dua kiria) memeriksa dan meninjau keadaan dalam khemah sementara itu di Kg.bangau-Bangau,Semporna.





Nasir yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna menasihatkan, mereka (mangsa) sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan negeri dan Persekutuan melalui Menteri KKLW yang begitu prihatin serta  cepat bertindak dapat menyediakan bantuan itu dengan begitu cepat.

 “Jangan mempercayai khabar-khabar angin yang sengaja disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab kerana kerajaan akan sentiasa membela nasib rakyat terutamanya mereka yang berhadapan dengan musibah,”kata Nasir.

Sementara itu Pegawai Daerah Semporna, Dr.Chacho Hj.Bulah, meminta mana-mana mangsa kebakaran yang mempunyai keluarga tinggal sementara dengan keluarga mereka memandangkan peruntukan khemah setakat ini sangat terhad.

Beliau menegaskan supaya mangsa kebakaran tidak mempercayai khabar angin kerana kesemua mangsa akan tetap diberikan bantuan berdasarkan bilangan serta senarai mangsa yang terkini dan akan berhubung terus kepada ketua-ketua isi rumah atau melalui pengerusi-pengerusi JKKK dan Ketua Kampung.

No comments:

Post a Comment