Thursday, 23 April 2015

Nelayan Kecewa Menerima Bantuan Sara Hidup Nelayan Hanya Untuk Sebulan



PG BAHA... Kesal hanya menerima bantuan sara hidup nelayan untuk sebulan


MENUMBOK: Beberapa orang nelayan di daerah ini melahirkan rasa kecewa dan kesal mereka  melahirkan rasa kesal dan kecewa  kepada pengurusan dan Petandbiran Lemabaga Kemajuan Ikan  Malaysia (LKIM) yang didakwa gagal melaksanakan tugas sehingga mereka tercicir dari menerima elauan sara hidup setiap bulan yang disediakan oleh kerajaan.

Jurucakap kumpulan tersebut Pg.Baha Pg. Damit 72 (Gambar) berkata, sebilangan dari mereka  termasuk beliau sendiri tidak menerima  bantuan sebanyak RM200 yang kini dinaikkan kepada RM250  sejak bulan September 2014 sehingga Feb  2015 iaitu selama 6 bulan, walaupun telah mendaftar dan memperbaharu lesen nelayan  dan perkakasan lain sebagai mana syarat yang ditetapkan.


“Jika disemak semula dengan kadar bantuan RM200 sebulan, kami sudah kehilangan RM1200 untuk tempoh kami tidak menerima bantuan tersebut dan kami hanya menerima bantuan untuk bulan Mac 2015” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Menurut Pg Baha pada mulanya mereka yang tidak menerima bantuan ini akan menerima sepenuhnya bayaran sejak bulan September 2014 sehingga awal bulan Jan 2015 bagaimana merasa terkejut dan kecewa mereka hanya dibayar untuk bulan mac 2015.


KAD AHLI....Kad Ahli kehalian Pg. Baha sebagai nelayan yang berdaftar


“Kami tidak dimaklumkan kenapa bayaran kami berkurangan, apa yang pasti kami telah mendaftar lebih awal dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh LKIM” katanya.

Sehubungan dengan itu Pg.Baha meminta pihak yang berkenaan menyiasat bagaimana perkara ini berlaku dan mendakwa pihak pengurusan samaada di peringkat daerah atau negeri cuai dalam melaksanakan tugas mereka sehingga nama mereka tercicir dari menerima bantuan tersebut mengikut jadual yang ditetapkan.

“Rakan-rakan yang lain menerima bayaran penuh namun, sebilangan dari kami hanya menerima bantuan elaun sara hidup hanya untuk sebulan” tegas Pg Baha.

Tambah Pg. Baha, bantuan tersebut penting untuk mereka yang berpendapatan rendah apalagi dalam iklim ekonomi; semua harga barang keperluan harian melambung tinggi yang mana kenaikan harganya menyebabkan mereka semakin tersepit dengan hanya pendapatan menangkap ikan yang hasilnya tidak menentu.

2 comments: