Monday 20 April 2015

Pengguna Berhati-hati kalau beli sotong di pasar Dongongon Penampang disiram Air Mayat



Oleh : Charles P Andiang


SOTONG TERCEMAR AIR MAYAT....sotong yang disimbah air mayat pastinya tidak kerumuni lalat



KOTA KINABALU :  Orang ramai di sekitar Bandar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu diingatkan kalau membeli sotong harus berhati-hati kerana kebanyakkanya sotong-sotong dijual di pasar-pasar berkenaan telah disiram dengan bahan pengawet mayat (air mayat)


Pihak Sabahkini.Net baru saja menerima beberapa aduan daripada penduduk Kota Kinabalu salah seorang wanita yang dikenali Joyce Betsy (kiri) yang menetap di Penampang yang mana adiknya telah pergi ke Pasar Donggongon Penang untuk membeli sotong.

Menurut Joycei, sotong tersebut dimasak untuk bekalan di luar rumah, malangnya adiknya telah mengalami keracunan, muntah-muntah, muka pucat biru setelah sejurus memakan bekalan tersebut. Mujurlah adiknya cepat dibawa ke Hospital untuk mendapatkan rawatan, kalau tidak sudah tentu adiknya tidak boleh diselamatkan lagi.

Sebenarnya perkara menyimbah air mayat bukan saja dilakukan kea tas sotong malahan ikan pun turut serta disiram dengan bahan pengawet mayat supaya ianya  bertahan lebih lama.

Contoh terdekat kalau ikan atau sotong yang diletakkan di atas meja dan langsung tidak kerumuni lalat, pastinya ikan-ikan dan sotong tadi telah simbah oleh air mayat.


Hal ini berterusan berpunca daripada kegagalan pihak berkuasa khususnya Jabatan Kesihatan dan juga Jabatan Perikanan Sabah tidak pandai memantau kegiatan haram para peniaga berkenaan sekalipun laporan media telah berleluasa melaporkan kegiatan mereka. 

No comments:

Post a Comment