Thursday 23 April 2015

Rosnah Terima Kunjungan Hormat



BINCANG....Rosnah sedang berbincang dengan rombongan GAGASAN  Sabah yang diketuai oleh Hamdan semasa perjumpaan tersebut


Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Hajah  Rosnah Abdul Rashid Shirlin baru-baru ini menerima kunjungan Hormat daripada Pertubuhan Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) cawangan Sabah  bertempat di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Papar.



BERI PENJELASAN...Rosnah (duduk tengah) ketika memberikan sedikit taklimat kepada ahli rombongan tersebut

Kunjungan yang diketuai oleh Pengerusi GAGASAN  Sabah Hamadan Ag.Zulkiflee itu bertujuan untuk memperkenalkan barisan ahli jawatankuasa GAGASAN Sabah kepada Rosnah yang juga Naib Presiden GAGASAN pusat.


Selain memperkenalkan barisan ahli jawatankuasa pada pertemuan tersebut, pelbagai aktiviti juga turut dibincangkan antaranya majlis penyerahan watikah perlantikan kepada ahli jawatankuasa GAGASAN Sabah yang dijangka akan diadakan minggu depan di Kota Kinabalu dan majlis penyerahanya akan disempurnakan oleh Presiden GAGASAN   Datuk Haji Fadillah Yusof 



No comments:

Post a Comment