Wednesday 15 April 2015

Solidariti UMNO demi Masa Depan Negara




MESRA Razak bersalaman dengan pemimpin akar umbi Umno sejurus tiba di majlis tersebut



SEMPORNA: Ahli Umno perlu teruskan mengamalkan solidariti, persepakatan serta semangat kerjasama sesama mereka jika mahu Umno kekal menjadi tampuk pimpinan Negara.

Ketua Penerangan Umno Bahagian Semporna, Dato Razak Tun Sakaran berkata, pemimpin dan ahli Umno di peringkat akar umbi perlu menguatkan parti dan berjuang bersama pemimpin demi bangsa, agama dan negara.


MANTAP  Razak (enam) dari kiri bersama ketua ketua cawangan Zon Sisipan semasa majis tersebut


Menurut beliau, asas memperkuatkan parti adalah perpaduan dalam kalangan ahli sendiri dan segala permasalahan yang ada haruslah diselesaikan secara dalaman.

“Sekiranya permasalahan dalaman dibawa hingga ke luar parti maka tidak mustahil akan ada pihak yang tidak bertanggungjawab menangguk di air keruh mengambil kesempatan merosakkan  perpaduan dan parti” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat berkelompok 6 Cawangan UMNO bagi Zon Sisipan dekat sini  kelmarin. 

Razak yang juga Setiausaha Politik Menteri Kemajuan Luar Bandar berkata, tunggak utama bagi mempastikan Umno kekal relevan dan menjadi peneraju utama kerajaan Barisan nasional adalah melalui kesepakatan dalam menghadapi segala krisis segala dalaman.




AMANAT..Razak ketika berucap di majlis tersebut

“Ketika ini kita berhadapan dengan pelbagai isu dan pihak pembangkang  pula turut mengambil kesempatan, justeru menjadi tanggungjawab kita untuk terus bersatu dan segala yang melibatkan isu yang melanda  parti kita serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan tertinggi untuk menyelasaikanya” katanya 

Tambah Razak, sejak penubuhan Umno  pada 1946, parti itu  melalui pelbagai liku yang penuh cabaran dan dugaan namun, semangat kental para pemimpin yang ikhlas serta kesatuan anggota yang setia telah mengekalkan kekuasaannya hingga sekarang.

“Percakaran  kita sebagai ahli parti  akan memudahkan musuh menjatuhkan Umno dan menguasai Negara, dan lebih membimbangkan anak anak muda akan menjauhkan diri dari Umno sedangkan mereka adalah pemimpin pelapis bagi meneruskan kesinambungan parti mebela bangsa agama dan Negara” Tegas Razak.



SOKONGAN..Antara ahli-ahli Umno zon Sisipan yang hadir ke mesyuarat tersebut

Mengulas mesyuarat  cawangan cawangan Umno yang sedang berlangsung rancak di seluruh bahagian ketika ini, Razak meminta ahli parti agar menjadikan mesyuarat cawangan sebagai medan memantapkan parti bagi memberikan idea yang membina untuk memperkuatkan parti dan membela kepentingan ahli.

“Jadikan mesyuarat ini sebagai wadah perbincangan positif bagi mencari rumusan terbaik untuk parti dan ahli bukan sekadar tempat melontarkan kritikan dan teguran tanpa idea yang membina” katanya.


No comments:

Post a Comment