Thursday 23 April 2015

Sugandoi Kaamatan Daerah Tuaran



Pesta Kaamatan...datang lagi!


TUARAN: Pertandingan Sugandoi Sempena Kaamatan Daerah Tuaran kini dibuka penyertaannya di seluruh daerah Tuaran.

Sesi pemilihan peserta akan diadakan pada 30 April 2015 ini bermula pada jam 7 malam di Dewan Tun Hamdan Tamparuli.


Menurut jurucakap penganjur, Julian Lindar Layun, sama seperti tahun-tahun lepas, para belia yang berminat dalam bidang nyanyian dan berhasrat untuk menunjukkan bakat mereka ke peringkat lebih tinggi adalah digalakkan untuk menyertai pertandingan tersebut.

Katanya, pemenang bagi acara tersebut bakal mewakili daerah Tuaran dan Tamparuli ke pertandingan Sugandoi peringkat negeri di Hongkod Koisaan KDCA nanti.

“Borang-borang penyertaan boleh didapati melalui KAN Saniban Ampilah (Mahkamah Anak Negeri Tuaran - 0138799922), Robert Leo (Pejabat UPKR Sulaman Tuaran - 0198001958), Golubi Guntarek – 0198716733 (Pejabat UPKR Kiulu), Julian Lindar Layun - (Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran - 0195319010), Albert Adus (Majlis Daerah Tuaran - 0168407882) dan Jeffrey Donold (Dewan Tun Hamdan Tamparuli – 0168114586).

 “Bagaimanapun, bagi mereka yang tidak mempunyai borang masih boleh datang pada malam 30 April ini untuk sesi pemilihan peserta sekaligus mengisi borang penyertaan,” kata Julian.

Selain pemilihan bagi Sugandoi Terbuka, acara pemilihan Sugandoi Dazanak dan Songkotoun juga akan diadakan pada waktu itu.

Untuk rekod, pertandingan Sugandoi Peringkat Daerah Tuaran pada tahun lalu telah dimenangi oleh peserta dari Kampung Kayangat Tenghilan, Athnalia Cyril.

Pertandingan akhir pada tahun ini akan diadakan pada 8 Mei ini di Dewan Masyarakat Kiulu bermula jam 6 petang.

Manakala perayaan Pesta Kaaamatan Peringkat Daerah Tuaran adalah pada 14 Mei, juga di Dewan Masyarakat Kiulu.

No comments:

Post a Comment