Friday 10 April 2015

Sumbangan buat Mangsa Lemas Sungai





SERAH SUMBANGAN...Kelihatan Ajmal ketika menyerahkan sumbangan kewangan kepada ayah Allahyarham Nordin Kalu sambil disaksikan oleh Penolong-penolong kanan dan guru-guru SMK Arshad semasa majlis tersebut




Bersimpati dengan musibah yang menimpa keluarga Nordin  Kalu yang kehilangan anak lelakinya, Mohd Fazli Nordin pelajar tingkatan satu SMK Arshad yang meninggal dunia kerana lemas semasa mandi bersama ahli keluarga dan rakan rakan di sungai kampung Rajunah pada awal bulan April lepas,  warga SMK Arshad telah menubuhkan tabung bantuan  kewangan kepada keluarga Allahyarham untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga yang terlibat.

Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Arshad Ajmal Jumah dalam satu majlis ringkas yang diadakan di pejabat pentabdiran SMK Arshad pada pagi kelmarin.

Ajmal semasa ditemui selepas majlis tersebut berkata, sumbangan tersebut bertujuan untuk meringankan beban yang dihadapi oleh ahli keluarga Allahyarham dan berharap mereka bersabar dan redha menerima ketentuan dari Allah SWT






No comments:

Post a Comment