Wednesday 22 April 2015

Tanah ADAT Diceroboh di Kampung Benang, Sugut



Oleh: Shaimon S Jumadi


BUKTI TANAH ADAT.....tapi begitu mudah diceroboh oleh orang luar 


SUGUT : Seorang penduduk  Kampung Benang Sugut  Nunung Ajip, 57, selaku Ketua Pemohon tanah seluas 540 ekar di Kampung Benang  yang membabitkan 37 peserta nombor PT: 88083151-3168 dan PT: 2009081475 yang sudah dikeluarkan geran atas nama Syarikat Ibu Emas adalah perbuatan sabotaj.

Beliau berkata kedudukan tanah tersebut sudah bertahun-tahun lamanya sejak di zaman nenek moyong mereka lagi sebagai tanah adat warisan turun menurun.


Kata Nunung lagi, pada mulanya tanah berkenaan adalah tanah terancang untuk penduduk kampung Benang bercucuk tanam sebagai sumber pendapatan, tapi malangnya disebabkan mantan ADUN Sugut itu telah bersekongkol dengan pemilik Syarikat Ibu Emas  untuk mengeluarkan geran tanpa pengetahuannya.

“Yang amat menghairankan kenapa tanah adat (NCR) boleh digerankan atas nama Ibu Emas yang pemiliknya cina daripada Semenanjung” ujar Nunung.

“Saya bagi pihak penduduk Kampung Benang Sugut meminta jasa baik pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) agar campur tangan untuk menyelesaikan penyelewengan ini” tegasnya.



PENDUDUK KAMPUNG.....sedang menerima ugutan dan arahan pengusiran daripada Syarikat Ibu Emas


Yang paling kami marah tambah Nunung, pihak Syarikat Ibu Emas selalu menggangu kepada penduduk kampung berkenaan; kami mahu diusir keluar dari kampung Benang sedangkan kami sudah berpuluh-puluhan tahun lamanya duduk di kampung ini sejak  di zaman moyang  kami lagi tetapi mereka senang-senang hendak mengusir.

“Kami sudah nekad apapun terjadi menimpa kepada diri kami walaupun seinci, kami tidak akan berganjak untuk meninggalkan tanah ini yang sudah jadi tanah  warisan kami” tambahnya.

"Macam mana kami mahu lari dari kampung tersebut, sedangkan tanah perkuburan dari nenek moyang, emak, bapa dan adik beradik kami semuanya dikubur di atas tanah tersebut.

“Saya bagi pihak penduduk Kampung Benang yang merupakan penyokong setia kepimpinan Datuk James Ratib Adun Sugut agar dapat campurtangan menyelesaikan hal tanah ini, di mana lagi kami mahu tinggal, sekarang kami diusir oleh penceroboh tanah itu” rayunya.


No comments:

Post a Comment