Wednesday 22 April 2015

Wanita Dan Para Ibu Disaran Menyertai Program Komuniti 1 Malaysia - Rahimah



Oleh: Shaimon  S Jumadi



BATU SAPI : Puan Rahimah Asrah Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi berkata, penglibatan kaum wanita yang terdiri daripada para kaum ibu dalam mengikuti program-program kemasyarakatan amat digalakkan.


Katanya penglibatan kaum ibu selain menjurus untuk  berinteraksi sesama masyarakat, bahkan mampu menjalin keharmonian dan perhubungan yang erat dalam kalangan penduduk setempat bagi mewujudkan kerjasama antara sesama ibu-ibu.



Rahimah berkata demikian ketika merasmikan Pertandingan Gubahan Buah dan Masakan Ikan Pelbagai Rasa anjuran Komuniti 1 Malaysia Taman Poh Hing dekat sini kelmarin.


“Saya menyeru kaum ibu agar mengikuti segala program yang dianjurkan oleh Komuniti 1 Malaysia selain untuk merapatkan jalinan mesra sesama sendiri, ianya juga dapat menimba pelbagai ilmu dalam beberapa sudut aspek.


Katanya, apa saja program yang dijalankan oleh Komuniti 1 Malaysia khususnya Taman Poh Hing,  pihak Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi sentiasa memberikan sokongan.

“Saya berterima kasih kepada Puan  Hajah Mariam Pundin  Pengerusi Komuniti 1 Malaysia Taman Poh Hing dan juga Pengerusi JKDB Taman Poh Hing  Jainal Bilal kerana bersusah paya menganjur program tersebut dengan  jayanya.



“Satu usaha murni  sebegini  kita harus menghargai pengorbanan dan kemahiran wanita dalam bidang gubahan dan masakan harus ditingkatkan  Tahniah kepada semua peseta yang telah mengambil bahagian program ini” ujar Rahimah.

No comments:

Post a Comment