Wednesday 15 April 2015

Zakaria Lawat Pasar Gum-Gum Temui Penjaja



Oleh: Shaimon S Jumadi


GAMBAR KELIHATAN….Zakaria kelihatan sedang berbincang sesuatu  dengan seorang penjaja di Pasar Tamu Gum Gum


SANDAKAN :  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris telah melakukan lawatan ke kawasan beliau untuk berjumpa dengan para penduduk baru-baru ini.

Beliau yang juga Pembantu Menteri  Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri telah mengambil kesempatan sempena program turun padang beliau untuk bertemu dengan penjaja-penjaja untuk mendengar rintihan mereka.

Menurut Zakaria, lawatan beliau membolehkan beliau berjumpa dengan masyarakat di akar umbi dan mendengar permasalahan mereka serta mencari penyelesaian mengatasi isu-isu yang diajukan.

Zakaria juga membuat pemantauan harga ekoran pelaksanaan GST oleh Kerajaan pada 1 April lalu.  Beliau berpuas hati dengan hasil peninjauan beliau tersebut.

Hadir bersama ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum Kamal M Said , Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN Gum Gum Rosly Aziz serta pemimpin masyarakat setempat.

No comments:

Post a Comment