Thursday 14 May 2015

Ahli Umno Perlu Tekad Perkukuhkan Kekuatan Parti Japlin



MESRA….Japlin bersalaman dengan ahli-ahli Umno cawangan Bukit Bendera sejurus tiba untuk merasmikan mesyuarat tersebut


KOTA BELUD: Naib Ketua Umno Bahagian Kota Belud Datuk Japlin Haji Akim mengingatkan semua ahli-ahli UMNO supaya bertekad dan bersungguh-sungguh mengukuhkan kembali kekuatan parti, khususnya diperingkat akar umbi.


UMNO,  jelas beliau, perlu memperkukuhkan kekuatan di peringkat akar umbi dan sebagai pemimpin di peringkat akar umbi ,ketua ketua cawangan perlu memperkasa dan mengatur strategi penerangan yang berkesan kepada ahli-ahli mengenai isu isu semasa agar mereka tidak mudah dimanipulasikan oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menjejaskan keyakinan mereka kepada perjuangan parti Umno.

“Parti berhadapan dengan pelbagai isu, pihak berkepentingan sentiasa mengambil ruang ini, sebagai pemimpin akar umbi tanggungjawab kita ialah mengamalkan budaya turun padang bersemuka dengan kelompok masyarakat khususnya ahli-ahli Umno agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai provokasi dan fintah yang dimainkan oleh pihak lawan” katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat Umno cawangan Bukit Bendera Pirasan Kota Belud baru baru ini .

Hadir sama Ketua Cawangan Umno Bukit Bendera Haji Abbdul Rahim Jantan.

Menurut Japlin yang juga Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah kekuatan Umno sebenarnya terletak kepada ahli-ahlinya di peringkat akar umbi dan dalam keadaan apapun jika ahli bersatu parti akan terus kukuh

“Kita perlu pastikan sokongan kepada UMNO sentiasa meningkat.sekalipun pelbagai bentuk cabaran dan isu  yang kita hadapi,  ahli parti perlu tenang dan  meletakkan kepercayaan serta keyakinan kepada pucuk kepimpinan parti   untuk menanganinya” katanya.

Menurut Japlin lagi institusi Umno perlu dipertahankan ini kerana  parti  Umno  telah banyak berjasa kepada bangsa agama dan Negara  justeri tambah beliau setiap ahli Umno perlu sentiasa berpegang teguh kepada perjuangan dan memikul amanah demi agama,bangsa dan tanah air khususnya generasi akan datang sebagai pemimpin pewaris kepada perjuangan Umno selama ini.   

Mengenai mesyuarat tersebut beliau berkata ianya merupakan flatfrom terbaik untuk mengadakan perbincangan dalam menangani pelbagai isu di peringkat akar umbi selain menjadi wadah untuk memperjelaskan isu isu semasa kepada ahli –ahli parti.

No comments:

Post a Comment