Tuesday 5 May 2015

Apa Sebenarnya Peranan Kaunselor?



Sorotan Dari Meja Editor
Shaimon S Jumadi
Sabahkinimirror.blogspot.com



DALAM tinjauan Biro Aduan Awam Sabahkini.Net di beberapa kawasan perumahan di bawah selia pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya Majlis Penbandaran Sandakan (MPS)  seperti di Taman Mawar, Taman Anggerik dan Taman Sejati Ajuna, kebanyakkan saluran longkang mahupun parit tidak pernah diselenggarakan atau dibersihkan.



Contoh terdekat Taman Anggerik; sudah enam tahun diduduki, dakwa beberapa orang menduduk taman berkenaan, selama mereka mendiami perumahan itu  tidak pernah pula kelihatan orang-orang MPS atau syarikat kontraktor yang dilantik MPS membersihkan longkang-longkang tersebut.

Mujur ada beberapa orang penduduk mencadangkan kepada pihak parti PAKATAN RAKYAT untuk menganjurkan gotong royong bagi membersihkan seluruh saliran longkang yang banyak ditimbuni oleh hakisan dan sampah sarap.


Kelmarin, salah seorang penduduk Taman Sejati Ajuna bahagian Semi-Detached menghubungi Biro Aduan Awam The Borneo Sabah Insider.Net,  mendakwa di tempatnya juga bermasalah seperti di Taman Anggerik banyak saliran longkang atau parit di kawasan perumahan itu tidak diselenggrakan.

Kegagalan pihak MPS untuk memainkan peranaannya bagi menjaga  kebersihan alam sekitar ternyata membawa malapetaka kepada penduduk setempat kerana jika parit mahupun longkang yang didapati air bertankong adalah punca penyebab utama tempat pembiayak nyamuk eades.


Kita mahu tahu dimanakah letak tanggunjawab orang-orang yang telah dilantik sebagai Ahli Majlis atau Kaunselor MPS; semasa angkat sumpah bukan main lagi bersemangat beriya-iya, setelah itu tiada sudah peranan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pihak MPS dalam melaksanakan satu-satu tugas yang diberikan.

Kaunselor adalah diibaratkan mata dan telinga Majlis Perbandaran  Sandakan (MPS) sekiranya pihak Kaunselor tidak berperanan seperti lagu tanpa irama maka pincanglah lagu itu, macam juga kaunselor-kaunselor, jika tidak berperanan untuk menjalankan kewajibannya  untuk menyalurkan segala maklumat  sudah tentu  yang kena hambatnya dan tempiasnya adalah  pihak MPS sendiri.


Sebagai Ahli Dwan Undangan Negeri (ADUN) yang melantik orang-orangnya sebagai kaunselor harus meneliti dari aspek latar belakang seseorang itu, kalau mereka didapati tidak boleh menyumbangkan buah fikiran atau tenaga lebih baik  lucutkan saja dan digantikan dengan orang-orang yang betul-betul berperanan.


Saya bercakap jujur, lihat macam Mustafah Mohd Hassan semasa menjadi kaunselor di MPS dalam beberapa dekad, jelas nampak  dia (Mustafah) banyak  buat kerja untuk membantu menaikan taraf ekonomi penduduk, berapa banyak wujudnya pasar-pasar Tani Batu 32 Jalan Labuk Tamu Gum-Gum Tamu Pasar Muhibbah Rancangan Sungei Manila Pasar Malam Kim Fung dan Pasar Malam Down Town juga Pasar Malam dekat Pejabat Pos juga Pasar Taman Mesra;  ini semuanya adalah atas usaha dan daya inisiatif Mustafah Mohd Hassan.


Walaupun dia (Mustafah) sekarang tidak menjadi kaunselor namun jasa baktinya orang tetap kenangan sehingga ke akhir  hayat. 


Saya masih ingat lagi semasa kerajaan USNO, BERJAYA dan PBS mereka yang dilantik sebagai kaunselor bukan calang-calang orangnya 70 peratus mereka adalah terdiri daripada Doktor, Jurutera , Arkitek, Akuantan, Peguam dan Konsultan.


Tetapi setelah BN mengambil alih pemerintahan  bermula dari tahun 1994 sehingga sekarang, orang yang bergelar 'Sontoloyo Gatel Pak Losoh' pun layak jadi kaunselor; cakap sebut  ikan jadi ikang, gambar jadi gambal pun mereka layak jadi kaunselor. 


MPS  ternyata amat jauh berbeza sekali semasa pemerintah USNO,BERJAYA dan PBS.

No comments:

Post a Comment